Bukan Mudah Masak Nasi Lemak

Assalammualaikum w.b.t

Nasi Lemak Home Made | Siapa yang pandai masak nasi lemak? Pertama kali Mrsyanie belajar masak nasi lemak. Ingatkan mudah tetapi perlu belajar dengan betul. Bukan semua orang pandai masak nasi lemak kan, kalau bab makan memang semua pandai termasuk lah Mrsyanie. Tapi bila nak masak nasi lemak memang gagal.

Sumber gambar: google.com

Pertama kali Mrsyanie nak buat Nasi Lemak. Semangat beli bahan lengkap, dok tengok resepi aik cam mudah jew. Oklah lah pagi sabtu hari tu pun layan masak nasi lemak pepagi. Semangat nak kasi Mrlaling cuba nasi lemak masakkan isteri. Buat lah lebih sket mana tahu jadi leh hantar kat MakAbah rasa. 

Perg bau nasi lemak memang sedap, dengan bau aroma daun pandan yang wangi. Menaikkan nafsu makan jew, tak sabar kot tunggu nasi lemak masak. Sebelum nasi masak, siapkan lah rencah yang lain. Special sket sambal tak buat sambal ikini bilis, siap masak sambat kerang tau. Buat jugak ikan bilis tapi cuma buat goreng rangup sahaja. Siap semua rencah sambal kerang, timun, ikan bilis goreng dan telur goreng. Dah siap hidang tengok lah nasi lemak yang dimasak, ermm bau ada cam sedap sekali rasa huhuh sedih jew rupanya kurang masak (mentah sedikit). Panik pun pasal, tak tahu nak buat apa kan. Nak bagi makan jugak nasi mentah tu kang sakit perut. Mrsyanie salin ke mangkuk, pi masak nasi semula. Ha kecewa tau nasi lemak tak masak. Kali kedua masak lebihkan sket santan. Alhamdulillah masak tapi lembik lah plak. Apa nak buat bukan nak telepon Mak ke untuk tanya apa nak buat kalu mentah. 



Korang kalu masak nasi mentah, cara lain bagi masak adalah kukus kan nasi yang mentah tu. Mrsyanie tak tahu, itu lah orang kata sombong tak mau telefon tanya. Dah panik punya pasal. Ini punya kawan Mrsyanie yang bagi tahu, jika nasi yang dimasak mentah boleh dikukus bagi masak. 


Tak apa usaha itu penting, lepas ini kena blaja kasi pandai dulu baru leh masak Nasi Lemak. Siapa yang mahir masak nasi lemak itu memang korang terbaik lah! Bukan mudah untuk masak nasi lemak jika tidak kena cara dan resepi yang betul.


Antara blog resepi nasi lemak yang mudah untuk korang cuba:

1) http://hairul.com/blog/resepi-nasi-lemak-paling-sedap/
2) http://providenetwork.com/resepi-nasi-lemak-mudah-disediakan-sedap-hingga-licin-sepinggan/


***Siapa ada resepi nasi lemak yang mudah diikut boleh lah sharekan bersama. Mrsyanie akan cuba buat sekali lagi..yeahhh!!! :)




Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: