#Cabaran20Hari: Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa

Assalammualaikum w.b.t

#Cabaran20Hari: Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa | Di Malaysia amalan berbalas juadah adalah menjadi satu amalan yang dalam diri tak kira bangsa dan Agama. Samada Melayu, Cina, India mahupun lain-lain. Tanpa kira kaum mahupun di musim perayaan.

Mrsyanie pernah berjiran dengan Pakcik yang berbangsa Cina. Setiap tahun jika perayaan Raya Aidilfitri kami pasti akan beri kuih muih sebelum pulang beraya dan jika tahun baru cina kami pasti akan dapat buah limau. Pernah juga kami dapat angpau raya cina. hihih tq uncle. ihihi. Amalan bertukar juadah telah menjadi satu amalan yang unik dan menjadi keistimewaan bagi rakyat Malaysia.

Tambahan dibulan puasa, pasti amalan berbalas juadah menjadi salah satu aktiviti yang membawa kepada siratulrahim antara jiran-jiran mahupun sesama Islam. Yang menariknya korang akan dapat rasa menu berbuka yang berbeza setiap hari, Yelah masakan masing-masing berbeza jadi kita dapat lah rasa masakan yang pelbagai. hihi.. 

Pernah tak korang merasai berbalas juadah ni? pasti ramai yang pernah kan. Tambahan yang tinggal dikawasan penduduk yang sentiasa berbudi. Tapi pasti ada yang tidak pernah merasa amalan berbalas juadah. Mana yang tinggal dikawasan mewah atau yang jenis buat hal sendiri. Apa kata korang mulakan dulu amalan menghantar juadah ke rumah jiran sebelah, bukan sahaja mengeratkan siratulrahim malah korang dapat juga kenal dengan jiran korang kan. Bukan tiap hari, mungkin sekali sekala :)



 Apa tunggu lagi, jom sahut #Cabaran20Hari entry. Layari: #Cabaran20Hari


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , ,