#Cabaran20Hari: Bajet raya

Assalammualaikum w.b.t

#Cabaran20Hari: Bajet raya | Tahun ini Mrsyanie akan beraya di rumah keluarga Mrsyanie dahulu, raya kedua baru pulang ke kampung Mrlaling. Tapi tak jauh pun perjalanan, dalam 20 minit sampai. Selepas keluarga Mrsyanie pindah ke Tanjung Malim agak mudah untuk kami pulang beraya. Bajet pun boleh dihadkan dari segi perjalanan pulang ke kampung.



Ramai yang kata untung lah Mrsyanie sebab kedua-dua keluarga duduk dekat. Alhamdulillah rezeki Mrsyanie sebab keluarga duduk dekat. Jadi bajet perjalanan pulang ke kampung tak banyak (tak perlu tol hihi). Bajet raya keperluan lain yang perlu dipikirkan plak. Antaranya pakaian raya, kuih muih, dan keperluan perhiasan dirumah. Tapi untuk tahun ini Mrsyanie potong sket bajet raya, beraya dalam keadaan sederhana sahaja. Shopping tetap shopping tapi berpada-pada, dan hadkan nila setiap belian. 


Sebenarnya, kita beraya mengikut kemampuan dan mengikut ekonomi sekarang. Tak semestinya pakaian yang bajet ciput tak boleh meriahkan hari raya, betul tak. Jadi pilih pilihan korang mengikut kemampuan masing-masing.

 Jom kira bajet yang telah digunakan:

Baju Raya: Jubah RM70
                   Baju kurung RM90

Kasut Raya: RM59.50

Handbag: RM 100.00  + RM 69.00

Blouse : RM 45.00 + RM68.00

Total : RM501.50


Alhamdulillah selesai dah keperluan raya untuk diri. Tahun ini tak beli kuih raya sebab plan nak buat jew dengan adik. Jimat sket dan boleh dapat banyak kuantitinya. Apa pula bajet raya korang tahun ini?

Apa tunggu lagi, jom sahut #Cabaran20Hari entry. Layari: #Cabaran20Hari


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang



Labels: ,