Jom Klik

FEED EFG

#Cabaran20Hari: Kenangan Terawih Di Surau/Masjid Masa Zaman Kanak-kanak

Assalammualaikum w.b.t

#Cabaran20Hari: Kenangan Terawih Di Surau/Masjid Masa Zaman Kanak-kanak | Zaman kanak-kanak adalah zaman yang penuh dengan keceriaan dan hilang dari segala masalah. Tidak perlu memikirkan tentang pendapatan, bayaran rumah, dan sebagainya. Zaman kanak-kanak zaman yang Mrsyanie paling rindu. Tambahan bila masuk bulan puasa yang penuh dengan kecerian dan keriangan.

Gambar sebagai hiasan. Sumber: google image

Kenangan Terawih Di Surau/Masjid Masa Zaman Kanak-kanak

Mrsyanie dibesarkan di Flat PKNS, Taman Keramat KL. Walaupun tidak merasa dibesarkan di kampung tetapi suasana masih dirasai seperti kanak-kanak lain. Penuh dengan gelak ketawa, lasak, dan penuh dengan perasaan mencuba. Time terawih lah paling seronok zaman kanak-kanak, mau taknya. Boleh kuar malam tu, leh lah main. Zaman kanak-kanak bukan ingat apa pun hanya ingat nak main je kan. Tapi seronok sangat.Apa-apa pun ia tetap menjadi memori indah dalam hidup.


Ingat lagi kalu kami geng perempuan nak pi terawih sampai je area taman permainan mesti kami kena sorok belakang pakcik-pakcik atau makcik-makcik yang hendak ke surau jugak. Sebab geng lelaki suka balik mercun pada kami. Fuh jahat gler time tu rasa diorg. Mau tak nye nak menyakat geng perempuan kan. Tapi semua jadi kenangan indah. Nak patah balik zaman dulu tak boleh. Mesin masa tak ada, jadi hargailah zaman-zaman yang ada. hihi 

Ha lagi satu. opss pernah cerita kat orang lain tau. Dulu zaman kanak-kanak ada minat kat seseorang mamat tu, bila nak ke terawih je tu yang part paling syok dok usha mamat tu. Hahaha  Tiap hari mesti excited sangat nak pi terawih sebab nak usha mamat tu . Lawak jugak lah bila ingat balik. Memang indah zaman kanak-kanak. Kenangan zaman kanak-kanak emamg tak dapat dilupakan. Rindu plak rasanya. :) Bagimana pula kenangan terawih korang zaman kanak-kanak?


 Apa tunggu lagi, jom sahut #Cabaran20Hari entry. Layari: #Cabaran20Hari


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

2 comments:

  1. datang follow dan hijrah dari segmen emas putih

    ReplyDelete
  2. oo..yanie dulu dok kl ye? dah laa notti nak pi terawikh sebab budak laki..hahahhaa

    ReplyDelete

FANPAGE

back off