Jom Klik

FEED EFG

#Cabaran20Hari: Kuih Raya Paling Best

Assalammualaikum w.b.t

#Cabaran20Hari: Kuih Raya Paling Best | Tak sah kalu beraya tak ada kuih raya kan dirumah. Kalau Mrsyanie wajib ada kuih raya sebab baru lah terasa raya. Lagipun mudah kawan-kawan datang rumah dah ada makanan untuk dijamukan. 

Gambar hiasan: sumber Google.com


Kuih raya paling best dan wajib ada di rumah ialah biskut Semperit dan Tart Nenas. Ha itu memang feveret Mrsyanie dari kecil lagi. Mak memang suka buat biskut  Semperit  tau. Kebanyakkan adik beradik Mrsyanie memang suka  Semperit . Selalunya semperit beli kurang sedap jadi tiap tahun mesti buat semperit sendiri. 

Waktu kecil-kecil Mak lah yang buatkan, sekarang kami adik beradik buatkan  Semperit  dari resepi Mak. Tapi Mak tetap akan tolong anak-anaknya. Baru je lepas Mrsyanie buat  Semperit  tau dengan adik Mrsyanie, Ikin Yusuf. Bukan susah pun buat biskut  Semperit  ni tau. Mudah je, bahannya pun mudah jew.



Bahan yang digunakan untuk membuat Biskut raya  Semperit :


Untuk 1 adunan (50 biji)

  1. Tepung Gandum - 3 cawan
  2. Tepung kastard -1 cawan
  3. Telur kuning -2 biji
  4. Gula halus -1 cawan
  5. Esen Vanila 
  6. Buttercup - 1 cawan
  7. Coklat chip (hiasan)
Cara-cara:

  1. Masukkan buttercup , telur kuning, esen vanila dan gula halus dalam bekas untuk diputarkan (bahan A).
  2. Tepung gandum dan kastard diayak (ditapis) supaya halus.
  3. Masukkan aduan tepung dalam campuran bahan A.
  4. Gaulkan sehingga sebati dan jika agak keras tambahkan sedikit buttercup.
  5. Siap diuli, boleh memulakan membuat acuan semperit menggunakan acuan semperit.
  6. Bakar dalam 10-15 minit dengan suhu 170c.



Apa tunggu lagi, jom sahut #Cabaran20Hari entry. Layari: #Cabaran20Hari


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

No comments:

Post a Comment

FANPAGE

back off