#Cabaran20Hari: Memori Raya 90an atau Zaman Kanak-kanak

Assalammualaikum w.b.t

#Cabaran20Hari: Memori Raya 90an atau Zaman Kanak-kanak | Lagi seminggu nak raya dah kan. Teringat zaman kanak-kanak raya dulu. Dulu sewaktu arwah opah ada semua akan balik ke kampung berkumpul.

#Cabaran20Hari: 


Mrsyanie dari kecil lagi tak pernah jumpa atuk kedua-dua belah Mak atau Abah. Jadi kami beraya bersama dengan arwah opah sahaja. Setiap tahun mesti balik kampung Perak untuk beraya. Arwah Opah belah Abah duduk di Segambut. Jadi sebelum raya mesti beraya dengan arwah Opah belah abah dulu pastu balik ke kampung Perak.

Memori Raya 90an atau Zaman Kanak-kanak | 


Teringat zaman dulu balik kampung beraya di Perak. Sangat meriah dengan suasana kampung dan perkara yang Mrsyanie paling tak dapat lupa adalah tragedi main mercun. Dulu main mercun berhati-hati dan kalu tak bahayakan diri. Keselamatan tu terjaga tapi jadi juga tragedi tapi tak lah teruk. Kakak Mrsyanie dulu main mercun, ingat lagi mercun lebah. Mercun lebah ni dia berpusing dan bunyi macam lebah betul tu. Sewaktu main itu, entah macam mana Mrsyanie dah duduk jauh tapi mercun lebah itu macam mengejar Mrsyanie sampai seliper putus tau. Akak Mrsyanie pun tak tahu plak mercun lebah itu ke Mrsyanie dulu hahaha. Berlari cam tak cukup tanah naik atas rumah kampung dulu. Bukan main marah betul dulu tapi bila teringat balik sangat lawak dan menjadi memori terindah sewaktu raya.

Apa pula memori korang time raya dulu-dulu??

Apa tunggu lagi, jom sahut #Cabaran20Hari entry. Layari: #Cabaran20Hari


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: ,