Jom Klik

FEED EFG

#Cabaran20Hari: Menu Wajib Pagi Raya

Assalammualaikum w.b.t


#Cabaran20Hari

#Cabaran20Hari: Menu Wajib Pagi Raya |  Aapa menu pagi raya korang? Ha bab ni Mrsyanie paling suka sebab bab makan. Siapa yang tak suka makan, rasanya semua orang suka makan. Cuma samada kuantiti banyak atau sedikit sahaja. Tambahan pula time raya menu semua sedap-sedap belaka.
sumber gambar google.com


Menu Wajib Pagi Raya


Lagi 3 hari semua Umat Islam akan menyambut hari kemenangan, iaitu Hari Raya Aidilfitri. Juadah wajib yang ada setiap tahun di rumah keluarga Mrsyanie mahupun Mrlaling adalah Lemang dan Rendang. Rasanya semua tahu kan itu memang menu wajib ketika raya. Ha sekarang kalu korang tengok tepi jalan dah mula jual Lemang tau. Tapi keluarga mertua tiap tahun buat lemang sendiri. Itu yang paling best sebab rasa dan kualiti terjaga. hihihi. 

Kalu di rumah mertua 1 lagi menu wajib adalah Leman Tepung. Ha mesti ada yang tak tahu kan Lemang Tepung itu jenis lemang apa. Mrsyanie pun 1 st tahu Lemang Tepung itu bila 1st beraya di rumah mertua. Lemang Tepung ini dibuat dari tepung, rasanya ala-ala cam Bengkang tau. Sedap dan itu menu yang orang cari setiap tahun kalu datang beraya di rumah Mertua. 

Nanti Mrsyanie masukkan gambar ye kalu ada simpan lagi gambar Lemang Tepung. Tapi kalu tak ada tunggu raya nanti Mrsyanie updated semula dalam entry ni gambar Lemang Tepung. Cara masak jangan tanya Mrsyanie, serius tak tahu hihih... 

Tak sabar plak nak Raya ini..hihihi..



Apa tunggu lagi, jom sahut #Cabaran20Hari entry. Layari: #Cabaran20Hari


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

4 comments:

  1. wahhh sedapnya lemang...samelah, femli mertua kita pun suke buat lemang sendrii...lgi terjamin! tapi kitorang tahun ni beraya diperantauan jer, xdapatlah makan lemang bakor...kitorang buat yg versi kukus jer :D selamat hari raya kak yanie yer :D maaf zahir batin :D

    ReplyDelete
  2. Kalau kat rumah kita, mesti ketupat palas. Lagi2 family kami ramai perempuan, ramaila tukang menganyam tapi macam2 fesyen ada :)

    ReplyDelete
  3. 1st time dengar..
    siap google carik camane rupa gambar lemang tepung tu.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete

FANPAGE

back off