Jom Klik

FEED EFG

#Cabaran20Hari: Nostalgia Kad raya

Assalammualaikum w.b.t

#Cabaran20Hari: Nostalgia Kad Raya | Lama rasanya tak dapat kad raya kan. Teringat zaman dulu kad raya menajdi pilihan ramai untuk mengucapkan Selamat Hari Raya. 

Kini zaman penuh dengan teknologi sehingga tradisi menghantar kad raya menjadi makin lupus. Mrsyanie ingat lagi zaman kad raya tengah 'hot', jika siapa yang dapat paling banyak kad raya dia lah paling femes lah kiranya. hihi Siap gantung dekat dinding rumah atau buat pokok kad raya. Pokok kad raya ini sekarang orang guna konsep ini untuk guest book perkahwinan. Ranting pokok dan gantungkan kad raya, ha sekarang diorang gunakan idea ini untuk guest book. 




Kini buat ucapan semua menggunakan whatsapp, facebook, dan sebagainya. Tiada lagi tradiisi kad raya tetapi tahun ini setalah sekian lama Mrsyanie tak dpaat kad raya, tahun ini dapat kad raya daripada blogger femes Emas Putih (Uzu). Terima kasih Uzu sebab bawa kembali zaman kad raya dulu-dulu. Insya-Allah panjang umur  dan murah rezeki, Mrsyanie nak buat kad raya pulak. Kembalikan semula kegemilangan kad raya dulu kala. 

Tahun ini siapa dapat kad raya?


Apa tunggu lagi, jom sahut #Cabaran20Hari entry. Layari: #Cabaran20Hari


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

No comments:

Post a Comment

FANPAGE

back off