Jom Klik

FEED EFG

Beraya Di Cameron Highland

Assalammualaikum w.b.t

Cameron Highlands

Beraya Di Cameron Highland | Time raya semua pakat beraya rumah kawan-kawan tapi lain sedikit Mrsyanie dan Mrlaling. Raya ke 4 kami dah beraya di Tanah Tinggi yang penuh dengan Ladang Teh dan Strawberry. Mana lagi kalu bukan : Cameron Highland

Beraya Di Cameron Highlands



Perancangan yang tidak dirancang sebenarnya untuk beraya di Cameron Highland. Tapi biasalah mai time gila-gila kami, ha terus naik ke Cameron Highland. Layan raya dengan strawberry coklat. Sedap!! Ingat nak beraya di Tapah rumah kawan Mrlaling tapi tak jadi, terus kami naik ke Cameron Highland. Ramai jugak rupanya yang beraya terus bercuti di  Cameron Highland. Ingatkan jalan lenggang lah tapi tetap jem jugak kat Tanah Rata & Brinchang. Sudahnya sampai kami sampai di Brinchang sahaja, mulanya ingat nak naik sampai Market/pasar Square tapi sebabkan kesesakkan jalan raya tak jadi sampai ke sana. Check point kami hanya sampai di Pekan Brinchang sahaja. Kalu korang nak tahu pekan Brinchang pun dah ada cam pasar tau jadi tak perlu tunggu pasar malam Brinchang dah. Diorang buka petang sampai 1030 malam.


Perjalanan kami dari Tapah melalui 


  1. Ringlet
  2. Tanah Rata
  3. Brinchang

''Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negeri yang kaya dengan khazanah hutan semula jadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut.'' Sumber ms.wikipedia.org

Cuaca di Cameron Highland tak lah sesejuk dulu, tetapi agak dingin cuaca di Tanah Rata. Mesti malam bestkan suasana damai jew.




Antara makanan yang boleh didapati di Cameron Highland. Terkenal dengan strawberry coklat yang sangat sedap. Harga bagi satu bekas strawberry coklat RM5 sahaja. Korang boleh pilih dalam cup atau yang bercucuk. Kini korang boleh membeli belah di Tanah Rata kerana telah disediakan macam pasar Square. Lokasi nya mudah untuk parking betul-betul depan Balai polis kuartes. Pasar ini buka petang hingga jam 1030 malam. Waktu kami sampai banyak lagi peniaga yang tak buka kedai. Ada yang baru nak buka, jadi time ni lah kena buat tawar menawar. Korang boleh survey dulu harga, sebab ada yang jual murah jkalu korang pandai pilih. Jangan lupa tawar menawar tau. hihi





Ini pula adalah cucur dari ubi keledek. Sangat sedap.
Selesai berjalan di pasar Tanah Rata dan habis RM:

1) Strawberry box besar =  2 box = RM 20 (free 1 box kecil)
2) Strawberry box kecil = 4 box = RM10
3) Strawberry coklat cup = 1 cup = RM 5
4) Cendawan goreng = 1 cup = RM 5
5) Ubi keledek goreng = 1 plastik = RM 5
6) Air kelapa laut = 1 cup = RM 3
7) Jeruk kering box besar = 2 box = RM20 (free 2 box coklat)
8) Coklat celup bekas besar = 3 box = RM12
9) Coklat celup bekas besar = 1 box = RM 5

Total: RM 85.00

Sebelum balik kami singgah dulu di Ladang Teh Cameron Valley. Disediakan satu cafe untuk menikmati pemandangan ladang teh sambil minum dan makanan ringan. Kasi tenaga sket untuk Mrlaling sebelum drive balik ke Tapah. Harga di cafe ini jangan calang-calang harga hihi agak mahal tetapi sedap. Oklah dapat relax kan diri dengan pemandangan dan suasana yang damai.










Kasi bergambar dulu sebelum balik. Perjalanan kami dari Tapah ke Cameron Highland mengambil masa lebih kurang 1 jam jika tiada kenderaan yang bawa dengan perlahan sangat. Elakkan dari memotong kenderaan tau sebab jalan yang agak merbahaya. Tetapi hati-hati memandu jika melalui jalan dari Tapah. Lori dan bas yang turun naik pun agak laju tau. Pada yang nak bercuti di Cameron Highland seeloknya pastikan kenderaan korang dalam keadaan baik dan hindar dari pergi bercuti semasa musim tengkujuh/ hujan.

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

8 comments:

  1. jagung tu! nmpk sedap sangat...huhuhu

    ReplyDelete
  2. akak suka cameron..
    lamanya dah tak pi sana..

    ReplyDelete
  3. SA pun suka CH..bestnyaa...nanti nak ajak cik abg pi lagi la

    ReplyDelete
  4. lama gila tak pi cameron..last pegi masa bujang dulu..tu pon sebab company trip..hehehe..

    ReplyDelete
  5. kita pun nak pi ,tapi plan tak jadi2 lagi...heheheheh

    ReplyDelete
  6. bila la dapat ke sana, teringin sesangat..huhu

    ReplyDelete
  7. wah strawberry coklat memang menarik....tapi orang kata permandangan di ladang boh lebih menarik tak pernah sampai lagi

    ReplyDelete

FANPAGE

back off