DARK PLACES

Assalammualaikum w.b.t

FILEM: Dark Places | Siapa yang dah tengok filem Dark Places  2015? Antara filem yang Mrsyanie bagi 3 bintang. Dark Places merupakan filem yang lebih kepada penyiasatan yang dijalankan untuk mendapatkan wang sara hidup.

Dark Places 

Review Ringkas: Filem Dark Places  mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan yang telah menyaksikan pembunuhan Ibu dan 2 orang kakaknya dihadapan matanya sendiri. Ianya menjadi trauma sehingga dia meningkat dewasa. Filem berkisah dimana wanita yang trauma bernama Libby Day (dilakonkan oleh Charlize Theron) perlu menyiasat semula kes yang menimpa keluarga dia untuk mendapatkan wang sara hidup. Selepas 25 tahun, Libby Day ditawarkan untuk menyiasat semula kes keluarga Day yang ditawarkan oleh Lyle (dilakonkan oleh Nicholas Hoult) dan kumpulan yang taksub dengan penyiasatan. Ini kerana apabila mereka mendapati bahawa abang Libby (Corey Stoll dan Tye Sheridan)berkemungkinan tidak bersalah daripada jenayah itu.



Antara pelakon Dark Places:

Charlize Theron (Libby Day), Nicholas Hoult ( Lyle), Corey Stoll (Old Ben Day), Tye Sheridan (Ben Day), Christina Hendricks (Patty Day) dan ramai lagi pelakon yang hebat.





Mrsyanie bagi 3 bintang untuk filem Dark Places kerana jalan ceritanya agak emnarik tetapi agak sedikit bosan pada mulanya. Tetapi dihujung jalan cerita tidak membosankan dimana hujung cerita Dark Places kita telah dipaparkan dengan kisah apa yang berlaku 25 tahun yang lepas. Jalan cerita yang agak simple tetapi masih boleh dilayan.




Selamat menonton!


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: