Jom Klik

FEED EFG

FOOD: SAUDAGAQ SUP JUNIOR

Assalammualaikum w.b.t


SAUDAGAQ SUP JUNIOR | Siapa yang pernah datang atau orang Tanjung Malim pasti pernah dengar kedai makan Saudagaq Sup Junior yang sangat femes dengan sup-sup dari Utara. Saudagaq Sup Junior pada asalnya hanya nama Saudagaq Sup sahaja sebelum mereka membuka kedai sendiri di Taman Universiti, Tanjung Malim.



Saudagaq Sup Junior


Saudagaq Sup Junior terkenal dengan SUP nya yang sangat sedap. Antara menu yang ada di Saudagaq Sup Junior ialah Bihun Sup, Keteow Sup, Bubur Nasi, dan kini mereka telah menambah beberapa menu seperti Nasi Ayam. Sup yang diwarisi dari Utara oleh pemilik Saudagaq Sup Juniormembuatkan kedai Saudagaq Sup Junior sentiasa dipenuhi oleh pelanggan pelbagai bangsa.


Sebelum Saudagaq Sup Junior dibuka, Saudagaq Sup bertapak di bazaar-bazaar, pesta konvo dan pasal malam. Kalau pesta konvo pasti Saudagaq Sup menjadi tumpuan ramai kerana supnya yang sangat sedap. Dulu jika nak dapatkan Saudagaq Sup perlu tunggu setiap sabtu di pasar malam, kini mudah untuk pelanggan setia Saudagaq Sup mendapatkan makanan berasaskan sup pada bila-bila masa dan hari.






Dalam bulan Ramadhan, Saudagaq Sup Junior tetap beroperasi. Waktu operasi adalah jam 3.30 petang sehingga 10.00 malam. Saudagaq Sup Junior juga juga beroperas di Bazaar Ramadhan Behrang 2020. Harga sangat berpatutan dan makananya sangat sedap. Selamat mencuba.


SAUDAGAQ SUP JUNIOR
Lokasi : Taman Universiti, Tanjung Malim,
Perak.



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

1 comment:

FANPAGE

back off