Krabi | Thailand | Trip Honeymoon | Part 1

Assalammaualikum w.b.t


Krabi | Thailand | Trip Honeymoon | Part 1 | Alhamdulillah diberi masa terluang untuk memulakan entry Honeymoon Mrsyanie dan Mrlaling ke Krbai, Thailand. Wah sudah 2 bulan perjalanan baru nak mula entry. Maaf ye pembaca semua kerana kekangan masa untuk memulakan entry Honeymoon kami. Mrsyanie jika boleh nak bagi entry terbaik untuk korang (nampak tak bodek memujuk hihih).

Krabi | Thailand | Trip Honeymoon | Part 1


Dah lama Mrsyanie sebanrnya nak holiday ke Krabi tapi asyik tak jadi je. Yelah nak holiday kena planning sebaiknya dari segi kewangan, masa dan pakej yang boleh menjimatkan tetapi happening holiday tu. Kebetulan Mrsyanie layan AirAsia Go Holiday, saja tengok-tengok mana tahu rezeki tiket murah sekali hotel kan. Alhamdulillah tepat masanya Mrsyanie dapat tawaran AirAsia Go Holiday dengan pakej yang murah dengan penginapan 4 bintang tau. 

Tapi sebelum booking tu dok riki-riki jugak hotel mana murah dan buat pengiraan semula kalu ambil pakej yang berasingan. Fuh bajet nya pasal kan. Percutian ala-ala mewah tapi dengan bajet yang rendah tu konsep yang Mrsyanie target. 

Tips sebelum tempah tiket dan hotel:
  1. Kenalpasti harga tiket dan hotel secara berasingan.
  2. Kenalpasti lokasi hotel tersebut samada strategik atau tak. Strategik dari segi tempat makan, pengangkutan, tepi pantai atau tak dan sebagainya.
  3. Pasti keadaan hotel yang selesa atau tidak (maknanya korang kena tahu hotel pilihan itu selesa atau tidak - boleh google)
Itu tips yang Mrsyanie gunakan sebelum tempah tiket dan hotel dengan Air Asia Go Holiday. Ini kerana ada sesetengah hotel yang kurang selesa dan tak berbaloi dengan harga. Mrsyanie dapat pakej ini dengan harga yang murah dan keadaan hotel yang sangat selesa.


Pakej Air Asia Go Holiday : 

Harga tiket penerbangan pergi balik + Hotel 4 hari 3 malam:
 RM772 untuk 2 orang (RM 386/sorang). 


Hotel yang Mrsyanie dapat adalah: 
Vogue Resort & Spa Ao Nang

Masa penerbangan : 

KUL-KBV : 4 Mei 2015 (4.15 petang)
KBV-KUL: 7 Mei 2015 (7.55 pagi)


**Jika ingin dapatkan pakej yang murah, korang kena terima masa yang diberikan. Agak rugi sebenarnya jika penerbangan balik seawal pagi cam Mrsyanie dapat tapi sudah cukup untuk percutian yang bajet tetapi enjoy**

Selesai tempahan tiket semua, tibalah masa untuk kami honeymoon. Kami gerak dari Tanjung Malim awal pagi jugak sebab kami ke Banting dulu rumah kawan. Mintak tolong dia hantarkan kami ke Lapangan terbang KLIA 2 dan tumpang park kereta kat rumah dia. Sebabkan flight kami petang jadi kami gerak pagi leh ronda-ronda Banting sat. Bekesempatan juga singgah rumah blogger otai PCL di Banting. Terima kasih PCL, nanti kami singgah lagi ye.


Tak lama kami singgah sebab perlu bergegas ke KLIA 2, almaklumlah kang terlepas lak flight. Lebih baik standby awal-awal kat sana. Tapi kami tak perlu nak check in luggage, tu yang jimat sket masa kami. :) Nasib baik sampai sana Msryanie dah tahu nak cek flight kat mana semua sebab ini kali ke 2 Mrsyanie ke KLIA 2. Dah tahu terminal mana perlu kami naik terus check in mengikut terminal yang dah ditetapkan. Korang ingat lagi tak Mrsyanie ada bagitahu kemudahan surau di KLIA 2 didalam. Jadinya tak perlu berebut solat di suarau luar. Samapi di terminal kami solat dulu, jamak terus senang. Islam itu mudah dan sangat indah. Memudahkan bagi yang travel, niat musafir dan boleh jamak kan solat.

surau di KLIA 2 dekat dengan terminal menunggu



Perjalanan kami mengambil masa 1 jam 25 minit dan keadaan cuaca perjalanan kami alhamdulillah cerah dan baik. Yeah bermula perjalanan percutian bulan madu kami ke Krabi, Thailand. Nantikan entry seterusnya : Krabi | Thailand | Trip Honeymoon | Part 2. Opss lupa lak, kami tak ambil luggage jadi had kan berat beg korang 7kg kebawah (panduan Bagasi kabin). Dan Mrsyanie dah rasmikan backpack yang Mrlaling hadiah kan hari tu. :)





**sambung part : Part 2 - Arrival 


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , ,