Majlis Iftar Ramadhan KPA 2015 Bersama Anak-anak Yatim

Assalammualaikum w.b.t

Majlis Iftar Ramadhan KPA 2015 | Bersama Anak-anak Yatim |  Majlis Iftar Ramadhan KPA telah berlangsung di Dewan SITC, UPSI dengan kehadiran ahli-ahli KPA bersama keluarga. Majlis iftar kali ini disambut dengan kehadiran anak-anak yatim sekitar Tanjung Malim.


Majlis Iftar Ramadhan KPA 2015

Mesti ada yang tertanya kan apa itu KPA? KPA adalah singkatan bagi Kesatuan Pegawai Am UPSI. Kesatuan ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memperjuangkan hak-hak Pegawai-pegawai Am di UPSI.

Hari ini berbuka diluar yeahhh!!

Semalam 7 Julai 2015 (selesa), satu Majlis Iftar Ramadhan dianjurkan bagi bersama-sama ahli KPA dan keluarga berbuka bersama bagi mengeratkan lagi siratulrahim antara ahli-ahli. Majlis turut serta kehadiran anak-anak yatim sekitar Tanjung Malim bagi bersama-sama berbuka puasa dan meraikannya. Majlis bermula jam 6.00 petang dengan sesi pendaftaran setiap ahli dan ahli keluarga.


Majlis Iftar Ramadhan KPA telah dimulakan dengan tazkirah Ramahan yang membawa tajuk ' Lailatul Qasar ynag dinanti' dari wakil Pusat Islam UPSI. Kemudian diteruskan dengan program bacaan Yassin dan tahlil arwah sebelum majlis berbuka puasa. 






Selepas acara berbuka puasa dan solat Magrib dijalankan, berlangsung pula acara penyampaian infak Ramadhan kepada anak-anak yatim, anak-anak tahfiz dan para ibu tunggal selaku ahli KPA. Seterusnya diteruskan dengan acara paling kanak-kanak suka adalah penyampaian duit raya kepada semua anak-anak ahli KPA.  Wah seronok tengok anak-anak dpaat duit raya kan. Terasa plak Mrsyanie nak beratur bersama untuk dpatkan duit raya, almaklumlah lama tak dapat duit raya kan hihih..  (Ada hati lagi nak mintk duit raya..tak pelah dapat duit raya dari Mrlaling pun jadilah hihih)



Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua ahlijawatankuasa Majlis Iftar Ramadhan KPA 2015 kerana telah menjayakan promgram dengan gemilang dan memberi seribu makna buat semua ahli-ahli. Majlis diakhiri dengan majlis bergambar beramai-ramai sebelum bersurai. Semoga majlis seperti ini menjadi acara tahunan bagi merapatkan lagi siratulrahim antara ahli-ahli KPA. Tahniah KPA.

KEHADIRAN ANAK-ANAK YATIM SEKITAR TANJUNG MALIM

Berselfie bersama rakan-rakan ahli KPA.


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: ,