Jom Klik

FEED EFG

Tahun ke Lima Beraya Bergelar Isteri

Assalammualaikum w.b.t

Tahun ke Lima Beraya Bergelar Isteri |  Amboi sakan Mrsyanie raya kan sampai tak sempat nak updated blog ni. hihi Selamat Hari Raya semua!! Cam mana raya tahun ini? Yang dah kawin, raya rumah keluarga atau rumah mertua dulu? Mrsyanie tahun ini raya pertama di rumah keluarga Mrsyanie. 


Dalam gambar diatas tu tak cukup ahli lagi, sebab kakak sulung belum sampai lagi dan adik Mrsyanie kena bekerja dipagi raya. Ini pun dah riuh satu rumah tau hihi Raya tahun ini terasa sangat singkatkan, yelah cuti pun tak banyak untuk bercuti lama-lama. Tapi tetap bersyukur kerana dapat beraya dalam keadaan yang riang dan bersederhana. Tahun ini raya tema biru tapi raya pertama tak jadi biru bertukar pada ungu. Pakai baju yang ada dah hihi.. raya kedua baru lah pakai baju baru. Tapi tak pe janji beraya dengan keluarga kan.


Raya kedua petang baru balik ke kampung suami. Rumah keluarga dua-dua tak jauh pun tapi kena adil dan saksama hihi.. Cuma kami tak perlu nak tempuh kesesakkan jalan raya dan membayar tol. Tapi teringin jugak sebenarnya nak balik raya jauh-jauh ini, sebab teringat dulu sewaktu keluarga Mrsyanie duduk di Kedah. Seronok jugak baik kampung, time itu bujang lagi. Jadi balik raya dengan adik beradik satu kereta. Kalau time tak puasa (cuti uzur) memang meriah lah dalam kereta dengan bekalan sepanjang perjalanan. Selambe je makan sambil memandu. Agak-agak ada yang buat cam tu tak? hihi 

Nah gambar raya pertama kami :)


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

3 comments:

  1. wahhh purple...sweet...Selamat Hari Raya Yanie, Maaf Zahir & Batin...

    ReplyDelete

FANPAGE

back off