Jom Klik

FEED EFG

Ais Krim Tongkat Panjang

Assalammualaikum w.b.t

Ais Krim TongkatPanjang | Jipangi | Mid valley kini dah ada ais krim panjang tau. Baru je buka kiosk nye di depan Maybank. Ais krim panjang atau namanya Jipangi yang sangat terkenal dan bentuk kon nya menjadi daya penarik di kalangan rakyat Malaysia.



Jipangi



Apa itu Jipangi? Jipangi ini merupakan ais krim yang diletakkan didalam kon yang berbentuk J. Jipangi, ais krim yang berasal dari Korea. Kalu korang tengok daya tarikan Seoul, Korea antaranya adalah Ais Krim Jipangi. Jipangi ini bermaksud tongkat. Comel tongkatnya kan. Tak yah dah nak ke Korea untuk merasa Jipangi.


Ha tengok gambar atas tu.. ada orang jeling jeles ler tu, takut habis kena makan haha Syima Yusuf. Sedap ais krimnya dan kon nye juga ranggup. Jipangi mempunyai 3 perisa iaitu Coklat, Vanilla, dan Strawberry tapi waktu Mrsyanie beli hanya ada perisa coklat dan vanilla sahaja. Terdapat 2 jenis kon, iaitu kon original saiz atau bersaiz kecil. Korang boleh pilih perisa atau juga boleh campurkan. Mrsyanie pilih campur, dapat merasa dua-dua perisa.



Harga bagi kon original (saiz yang panjang):

Perisa Coklat sahaja : RM7.00
Perisa Vanilla sahaja :  RM7.00
Perisa Campur (Vanilla + Coklat): RM 9.00



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

10 comments:

FANPAGE

back off