Anugerah Lawak Warna 2015

Assalammualaikum w.b.t

Anugerah Lawak Warna 2015 | Melayan Anugerah Lawak Warna 2015 sorang-sorang di rumah. Sebenarnya Mrlaling malam tadi main badminton. Tak apa lah biar Mrlaling beriadah kasi sado badan hihi. 

Anugerah Lawak Warna 2015


Best juagk layan Anugerah Lawak Warna 2015, cuma agak ada sesetengah itu kelam kabut sedikit. Dengan kurang ''standby''nya tapi tak pe, nama pun secara langsung kan. Cewah jadi pengulas pulak, yelah dah Mrsyanie layan sensorang jew kan, apa lagi nak dibuatnya. Oklah Mrsyanie bukan blogger hiburan jadi tak tahu nak ulas lebih-lebih, yang penting Tahniah buat Astro, TV3, TV1 kerana menaikkan semula hiburan lawak di Malaysia dan juga buat pelawak-pelawak senior yang telah menghasilkan lawak yang sangat bagus.


Antara pelakon lawak yang Msryanie minati adalah Arwahyarham P.Ramlee kerana menghasilkan filem-filem yang berunsurkan lawak tetapi penuh dengan tauladan dan pengajaran. Ramai lagi Mrsyanie minat tapi tak adalah sampai acah-acah histeria kan. Tapi tetap menyokong industri lawak kerana kadang-kadang dalam menceriakan hari. Tambahan jika dengar telatah Johara Pagi Era (Johan, Ray, Haniff) yang menceriakan hari setiap pagi sepanjang perjalanan ke tempat kerja. 


Anugerah Lawak Warna 2015 yang paling Mrsyanie nantikan adalah anugerah Artis Lawak Lelaki Paling Popular. Tahun ini (2015) menjadi tuah lagi buat JepSepahtu. Mrsyanie pun suka bila Jep buat lawak dan sangat relax jew.

sepahtu, Jep
sumber gambar: google.com

Dan Artis Lawak Perempuan Paling Popular 2015 sekali lagi diraih oleh Sharifah Sakinah. Antara pelakon yang memang sempoi, menjadi diri sendiri. 

artis paling lawak
sumber gambar: google.com

Tahniah buat semua calon dan pemenang!!! Anugerah Lawak Warna 2015 telah dihoskan oleh AC Mizal (juga pemenang anugerah 2015), Zulin Aziz dan Sherry Al-Hadad yang sangat sempoi dan menarik dalam mengacara.


JepSepahtu / Sakinah

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: