Belajar Canting Batik

Assalammualaikum w.b.t

Kusus Mencanting Batik |  Kursus selama 2 hari yang cukup padat dengan input dan sangat enjoy. Teruja sangat tau nak join kursu mencanting batik ni. Ingatkan mudah jew tapi rupanya sangat rumit kerana perlukan ketelitian yang penuh dalam menghasilkan corak batik yang menarik.

Baru Mrsyanie tahu kenapa setiap batik mempunyai nilai yang tersendiri. Ada yang mahal sampai beratus dan beribu hanya untuk sepasang batik. 2 hari bagi Mrsyanie tak cukup untuk belajar mencanting batik apatah lagi untuk menghasilkan sepasang batik.

Hasil seni dari pelajar Seni

Antara material yang sesuai untuk menbuat batik adalah Cotton 100% tiada campuran, Jacquard Silk, Rayon dan pelbagai material lain. Setiap material mempunyai nilai harga yang tertentu dan ada beberapa material sutera yang tidak boleh dipakai oleh kaum lelaki (mengikut Islam). Harga bagi material yang bagus serendah RM180 keatas (bagi sepasang baju sahaja).

Tips: Untuk mengetahui cotton asli adalah ambil sehelai uart benang kain dan bakarkan, jika ia bergumpal itu bukan cotton asli (ia adalah campuran) dan jika cotton asli hasil dibakar akan hancur.

Mrsyanie juga diajar mengenai teknik lipatan (ianya bukan lah dikatakan unsur batik tetapi masih boleh diguna pakai untuk menghasilkan corak batik). Jom tengok hasil lipatan dan penambahan warna pada lipatan kain yang Mrsyanie buat.



Tunjuk ajar oleh tenaga pengajar En. Azhar


Inilah hasil lipatan dan pemilihan warna yang Mrsyanie buat. Ok tak hasil seni Mrysanie? :)

Dalam menghasilkan batik, warna turut memainkan peranan penting dalam menaikkan seri design tersebut. Warna yang digunakan untuk menghasilkan batik adalah dari kumpulan warna 'Reactive DYE'. Kebanyakkan warna dibekalkan dalam bentuk serbu dan perlu dibancuh dengan air suam. Untuk dapatkan warna-warna asas lain perlu dibuat campuran untuk penghasilan. Contohnya jika ingin dapatkan warna hijau perlu dibuat campuran dari warna reactive dye biru dan kuning.


Teknik yang utama dalam batik adalah mencanting batik. Ini part yang agak susah bagi yang baru belajar. Tapi dengan bantuan pakar semua menjadi, alhamdulillah. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan dapat menghilangkan rasa stress berkerja. Lukisan adalah idea dari En.Azhar kerana Mrsyanie inginkan sesuatu yang simple tapi menarik.  Hasilnya adalah lukisan daun paku pakis. Jom kita mencanting.




Nampak tak sampai duduk kat lantai Mrsyanie mewarnakan. Ianya perlu ketelitian tau, tapi tetap ada comot. huhuh En. azhar bantu bagi nampak less comot hihih Terima kasig En Azhar. (^_^)

  
Inilah hasil Mrsyanie buat dengan bantuan dari pakar En.Azhar (Ard)

Dr. membantu peserta dalam touch up terakhir



Terima kasih Unit latihan UPSI & urusetia (Own Shaari) kerana memberi peluang Mrsyanie untuk belajar mencanting batik dan terima kasih sifu-sifu Dr. Harozila dan En.Azhar. 



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: