Berbuka Dengan Kuey Teow Celup

Assalammualaikum w.b.t

Berbuka Dengan Kuey Teow Celup | Alhamdulillah dapat jugak Mrsyanie merasa Kuey Teow Celup yang sedap pernah Mrsyanie jumpa. Serious sangat sedap. Siap order 2 mangkuk Kuey Teow Celup untuk berbuka puasa semalam.

Kuey Teow Celup, ulu bernam, mee celup, meehun celup

Inilah Kuey Teow Celup

Kuey Teow Celup, Ulu Bernam



Terima kasih pada Puan Normah dan Puan Noraini yang beri cadangan merasa Kuey Teow Celup disitu. Tak pernah lagi Mrsyanie dapat merasa Kuey Teow Celup yang sangat sedap. Ramai juga yang tahu kedai Kuey Teow Celup yang sedap ini, alamak ketinggalan zaman sket Mrsyanie. Tak pe sekarang dah tahu. Bukan kata Kuey Teow sahaja, korang yang minat mee, mihun pun boleh dijadikan menu celup. Sebenarnya yang femes adalah mee celup tapi Mrsyanie agak kurang dengan mee kuning, jadi Mrsyanie tukar dengan Kuey Teow. Selain dari noodle yang berasaskan celup, ia juga menyediakan menu masakan lain seperti nasi goreng, nasi putih dan lauk pauk yang lain. 

Mrlaling dengan ordernya: Nasi gireng Ikan Masin



Lokasi di Ulu Bernam, Selangor. Wah berbuka di Selangor tapi rumah di Perak, aisey sebenarnya dekat je sebelah je pun Tanjung Malim dengan Ulu Bernam. Macam jauh je kan. hihi Kalau keluar sahaja tol Tanjung Malim, kedainya sebelah kiri menghala ke Tanjung Malim. Bersebelahan dengan Perpustakaan Awam Ulu Bernam dan sebelum Masjid Besar Ulu Bernam. Ianya terletak betul-betul di tepi jalan, landmark nya cari signboard
Kampung Baru A. 


Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan tidak mahal sangat. Walaupun nampak je kedai kecil tapi ramai pelanggan yang datang sebab makananya yang sedap. Bukan kata pelanggan makan disitu sahaja, siap bungkus bawa balik pun ramai. Apa lagi, siapa yang berdekatan dengan Ulu Bernam jangan lupa pi rasa noh, Kuey Teow Celup. Selamat mencuba.



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: ,