Jom Klik

FEED EFG

KBBA Blogger's Day Out di Zoo Negara | Part 3

Assalammualaikum w.b.t


KBBA Blogger's Day Out di Zoo Negara | Part 3 | Misi jelajah Zoo Negara diteruskan dengan menaiki Tram pula ke The Wild Restaurant. Kepenatan nak berjalan dah merasa pulak naik Tram.Seronok gak naik Tram ni dapat lihat keseluruhan kawasan Zoo Negara. 

Perut pun bunyi kelaparan jew, jangan risau kerana dalam kawasan Zoo Negara disediakan The Wild Restaurant. Memang sedap dan kawasan makannya berhawa dingin dapat jugak rehat seketika sebelum memulakan semula jelajah Zoo Negara.



Perut dah kenyang jom sambung jelajah. Seterunya di bawa ke Muzium Lebah Sedunia. Disini korang boleh pelajari jenis-jenis lebah yang ada diseluruh dunia. Ha bukan itu shaja, di Muzium Lebah Zoo Negara jugak mereka menjual madu lebah yang asli (bukan madu 3 tau). Korang boleh beli tanpa ragu-ragu disini kerana tiada campuran madu. 


Dah bermaud kita terus ke Savannah Walk, Mix Animal dan Ape Centre. Di Savannah walk korang boleh lihat pelbagai jenis haiwan yang juga dipanggi; Mix Animal. Sebelum kita lihat Panda, kasi lihat dulu Orang Hutan, di pit stop Ape Centre.

Sevelah dengan Ape Centre adalah Giant Panda Consrvation Centre. Ini yang dinantikan oleh semua pengunjung untuk melihat sendiri Panda yang dibawa dari China sempena hubungan diplomatik Malaysia China. Tapi tak dapat lihat kedua-dua panda kerana Liang-liang sedang berpantang kerana telah melahirkan baby panda. Baby panda juga masih belum dapat dibawa ketatapan umum untuk penjagaan kesihatan. Jangan risau tak lama lagi kita ye. hihi Paling menarik kami dapat bersama-sama secara exclusive menyambut ulang tahun kelahiran Panda Xing-Xing yang ke 9.








Dalam persiapan kek panda. Sambutan hari jadi Panda Xing Xing. Ianya telah mendapat liputan dari Media secara exclusive.




Tak dapat pegang panda tak pe, pegang cupcake panda je.  Boleh didapati di cafe panda. :) Selesai melihat panda kami diberi untuk berjalan sekeliling Zoo Negara untuk melihat lebih dekat haiwan lain yang ada. Antara lokasi yang sempat kami jelajah adalah Malayan Elephants dan Bird Aviary.





Di Zoo Negara juga disediakan kemudahan lain seperti Surau, Kawasan rehat berpenghawa dingin dan juga disediakan pakej untuk bergambar siap print dan frame. Program tamat lebih kurang jam 4 petang dan Mrsyanie sangat teruja dapat bersama dalam KBBA Blogger's Day Out bersama Zoo Negara.

Terima Kasih Zoo Negara Online Tiket & Zoo Negara
Terima Kasih Kelab Blogger Ben Ashaari
Terima Kasih Cosmoderm
Terima Kasih Food Panda
Terima Kasih Curves



Untuk korang tengok gambar-gambar lain yang menarik bersama blogger-blogger KBBA di Zoo Negara, boleh layari Instagram Mrsyanie @yanieyusuf atau lihat di hastag #zoonegaramalaysia #zoonegaraonlineticket #giantpanda #wildlife #curves #cosmoderm #foodpanda  #kelabbloggerbenashaari.


Untuk maklumat lanjut:

Pembelian tiket online: E-TIKET

Lokasi:Zoo Negara, 
Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor 




Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

3 comments:

  1. Wah..dah lain sgt zoo negara.lama sgt tak pergi.
    http://ainaez.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. sakan laaa yanie dapat beli kek panda tu..comey..yoorin dpt tengok je... huhu..kang beli 1 tak cukup

    ReplyDelete

FANPAGE

back off