Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 3 | Vogue Resort & Spa Ao Nang

Assalammualaikum w.b.t



Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 2 | Vogue Resort & Spa Ao Nang | Masih ingat lagi percutian honeymoon ke Krabi yang lepas? Mana yang tak ingat boleh baca di LINK ini. Kali ni Mrsyanie nak sharekan dengan korang penginapan Mrsyanie dan Mr laling di Krabi. Hotel yang sesuai untuk percutian honeymoon.

Vogue Resort & Spa Ao Nang 




Mrsyanie bukan lah tempah terus melalui hotel tetapi Mrsyanie ambil pakej tiket penerbangan sekali dengan hotel. Alhamdulillah kami dapat hotel 4 star di Krabi. Mulanya agak ragu-ragu jugak takut lah dapat hotel yang kurang menarik. Yelah nak pergi honeymoon (entah brape kali honeymoon pun tak hingat dah ni hihi). Mrsyanie ambil pakej dari AirAsia Go Holiday yang disediakan sekali dengan tiket pergi balik dari Kuala Lumpur ke Krabi dan penginapan selama 4 hari 3 malam. 

Tips: Jika ingin membuat tempahan melalui AirAsia Go Holiday pilih hotel yang menarik. Pastikan korang buat pencarian di laman sesawang mengenai hotel yang korang pilih.




Pakej Air Asia Go Holiday : 

Harga tiket penerbangan pergi balik + Hotel 4 hari 3 malam:
 RM772 untuk 2 orang (RM 386/sorang). 


Lokasi sangat menarik kerana kediamananya keatas bukit. Jika atas lagi adalah exclusive room yang mana korang boelh melihat pemandangan keindahan Krabi. Kami tidak ambil pakej sekali sarapan, hanya semata-mata hotel sahaja kerana target kami untuk misi pencarian makanan di Krabi. Jadinya pagi-pagi kami kena lah cari sarapan diluar. 




Nampak tak teruja nya Mrsyanie..hihihi Memang sangat selesa dan keluasan bilik yang besar..






Sebelum balik Mrsyanie dapat jugak rate hotel. Mana dapat tahu? Sebelum check out pihak hotel memberikan resit pembayaran. 



Pakej AirAsia Go Holiday:
4 Hari 3 Malam:  BHT 4220.26
 ** 1malam: BHT 1406.753 = RM 157.54 **


Tempahan terus ke hotel:
1 malam: BHT 2400.00 (deluxe)
 ** 1malam: RM 268.77 **


Note: Harga pertukaran dari RM ke BHT bergantung kepada matawang setiap negara.




**sambung part : Part 4 - Day 2  


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , , ,