Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 4

Assalammualaikum w.b.t


Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 4 |  Phi Phi Island | Hari kedua Mrsyanie dan Mrlaling honeymoon di Krabi. Antiviti menarik di Krabi adalah keindahan Pulaunya yang menjadi tarikan seluruh dunia. Misi mencari pulau indah dan cantik bermula.


Pulau, Krabi, thailand,


Krabi | Thailand 





Trip Honeymoon Krabi -  Phi Phi Island


Mrsyanie di Krabi tak ambil pakej sarapan, jadi pagi hari sebelum kami teruskan misi menjelajah pulau perlulah kami bersarapan dulu. Ingatkan nak cari sarapan yang dekat-dekat tapi tiada kedai halal yang buka sewal pagi. Bila ditanya katanya perlu ke kawasan masjid, disitu ada makanan halal dibuka untuk juadah sarapan pagi. Terkena jugak kami pagi itu dengan orang teksi (tut-tut - kenderaan ala-ala teksi disana). Katanya tambang 2 orang BHT 40 ke kedai makanan halal, pergi balik katanya. Sekali kami terkena katanya BHT 80 tuk dua orang pergi sahaja. mau tak geram pagi-pagi. Terus cakap tak pe balik kami jalan kaki. Jenuh gak nak jalan sebab dia bawa ke kedai yang atas lagi dari masjid. Mau keluar peluh ala-ala jongging awal pagi.

Tak apa lah sekurang-kurangnya kami dah tahu mana kedai halal untuk cari sarapan pagi. Korang boleh cari disekitar majlis atau sebelum masjid pun ada satu kedai halal. Yang pasti sewa motor siap-siap boleh cari kedai makan dengan mudah. Sarapan pagi kami untuk hari kedua atau pagi pertama adalah pulut ayam dan kuih. Pulut ayam antara menu wajib cari di Thailand.




Kami hanya beli bungkus sahaja, dan makan di kawasan resort kerana pihak tour agent akan ambil kami di lobi resort untuk ke jetty pulau. Alhamdulillah setel sarapan sebelum pihak tour agent sampai. Jam 830 pagi (waktu Thailand- lewat sejam dari Malaysia) pihak tour agent ambil dengan menaiki ala-ala bas mini terbuka tetapi body nya dibuat dari kayu. Unik dan menarik tau, sambil itu boleh lihat pemandangan sekitar. 

Tour agent yang Mrsyanie ambil adalah dari ME MEE Place & Tour. Pejabatnya berdepan dengan Vogue Resort & Spa Ao Nang, jalan lebih kurang 3 minit je ke kanan jika dari Vogue Resort & Spa Ao Nang. Hanya BHT 1000 untuk seorang ke  Phi Phi Island yang penting pihak tour agent akan ambil depan lobi hotel. Korang kalu leh dapatkan harga yang termurah tau, sebab ada jugak yang sediakan dengan harga yang mahal sehingga BHT 2000 seorang tau.




Setibanya kami di jetty untuk ke pulau, kami diberi sticker mengikut pihak tour agent yang bawa, bagi memudahkan diorang kenal pasti penumpang dibawah jagaan mereka. Korang jangan terpisah dari kumpulan tau dan ikut masa yang ditetapkan oleh pemandu pulau kerana Krabi merupakan tumpuan pelancong yang sangat pesat. Ramai jugak orang sewaktu kami sampai. Kami dibawa menaiki bot laju (speed boat).




Lokasi pertama kami adalah Bamboo Island. Pulau yang sangat cantik dengan keindahan pasir yang putih dan air yang sangat jernih. Serius sangat cantik tapi agak panas sedikit. Korang jangan risau disediakan air mineral percuma oleh pihak tour. Ambil siap-siap untuk bekalan korang, kebetulan kami bawa kuih dari bekalan sarapan tadi. Cari tempat redup sket kasi berkelah kejap hihi. Lepas tu kami jalan sepanjang pantai Tapi tak dapat jalan jauh sangat sebab takut kena tinggal lak kan. Tapi cukup je masa yang diberi siap ada je pelancong yang mandi manda.





Errmm gambar Mrsyanie tu sebenarnya nak ambil yang mana?? Mrsyanie ke atau... ermmm nak kena Mrlaling ni..hihi











Cantikkan pemandangan di Pulau Bamboo. Antara pulau yang tercantik Mrsyanie dapat tengok (mungkin ada yang lagi cantik tapi ini yang paling cantik buat masa sekarang bagi Mrsyanie). Ada lagi pulau yang belum Mrsyanie bawa ni. Nanti next stop kami di pulau mana pula?


Ringkasan:

Trip Phi Phi Island = BHT 2000 (2 orang)

ME MEE Place & Tour
Salee Kanantai
081-0916091
Lokasi: 49/1 Moo. 2 Ao nang, Muang Krabi 81000
Email: memeebungalow-@hotmail.com
Website: www.memeeaonang.com
Phone: 075-637069 Fax: 075-695046




**sambung part : Part 5 - Day 2  

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , ,