Lemang PVC Menjadi Prop

Assalammualaikum w.b.t

Selfie Raya


Lemang PVC Menjadi Prop |  Sempena Raya Aidilfitri, unit Fotografi bahagian Komunikasi Korporat telah menganjurkan pertandingan Selfie Raya dengan tajuk 'Lambaian Desa'. Pertandingan terbuka kepada semua kakitangan UPSI sahaja.



Pemenang



Alhamdulillah, Jabatan dan Fakulti Mrsyanie telah memenangi dalam pertandingan Selfie Raya tahun 2015. Yang utamanya adalah mengambil bahagian dibawah fakulti dan tak sia-sia berhujan kami bergambar tau. Dapat tempat ketiga secara keseluruhan. Dan penyertaan jabatan pula sebenarnya hanyalah untuk memeriahkan pertandingan (secara suka-suka) tak sanggka kami juga memenangi saguhati. 


Yang paling bestnya gambar yang menang ada gambar Mrsyanie. Tamaknya Mrsyanie semua gambar ada muka dia kan..hihi.. Tujuan menyertai bagi memeriahkan lagi pertandingan dan merapatkan ukhwah antara kami rakan sekerja. Seronok sangat bila teringat semula disebalik takbir dalam photoshoot selfie raya ini. Dengan menggunakan batang PVC untuk dijadikan lemang tau. Kreatif tak ? hihi Pemberian hadiah dijalankan bersama Jamuan Raya UPSI petang kemarin.


Tahniah Fakulti Sains dan Matematik dan Jabatan Fizik, FSM dan terima kasih kepada semua yang menyertai.


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: