Pelancaran Album ''Titipan Banduan Muda'' Oleh Shazzwan

Assalammualaikum w.b.t

Pelancaran Album ''Titipan Banduan Muda'' Oleh Shazzwan | Mrsyanie berkesempatan untuk menghadiri Majlis Perlancaran Album Shazzwan yang bertajuk ' Titipan Banduan Muda''. Majlis berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.


Pelancaran Album ''Titipan Banduan Muda''



Majlis pelancaran telah berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Majlis telah berlangsung dengan meriah dengan kehadiran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj S.P.M.S, S.S.I.S, S.P.M.K yang merupakan penaung Yayasan Raja Muda Selangor. 


Pelancaran album Shazzwan telah dilancarkan oleh Duli Yang Amat Mulia Tengku Datin paduka Setia Zatashah Binti Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj S.S.I.S.




sangat cantik dan peramah. Duli Yang Amat Mulia Tengku Datin paduka Setia Zatashah Binti Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj S.S.I.S tidak sombong malah boleh berselfie dengan Mrsyanie lagi.. Tq Tengku
Bersama Y.A.D Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad bin Raja Tun Uda yang merupakan Pengerusi Yayasan Raja Muda Selangor.

Album Shazzwan



Shazzwan adalah antara artis baru yang diketengahkan oleh program ''Talent for the World'' yang dianjurkan oleh Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS). Shazzwan juga dibantu oleh mentor yang tidak asing lagi iaitu Yogi B yang merupakan artis Hip Hop dan Penerbit Muzik yang terkemuka di Malaysia.


Album ''Titipan Banduan Muda'' merupakan sebuah karya yang penuh dengan nilai dan mempunyai banyak pengajaran dilahirkan dalam setiap lirik lagu yang ditulis. Terdapat  8 buah lagu yang terkandung dalam album  ''Titipan Banduan Muda'' Oleh Shazzwan.

Bersama rakan blogger yang turut hadir ke Majlis Pelancaran  Album ''Titipan Banduan Muda'' Oleh Shazzwan :  




Album  ''Titipan Banduan Muda'' Oleh Shazzwan  boleh didapati dijaul di butik-butik muzik diseluruh negara dan juga boleh didapati di store iTunes bermula 4 September 2015 ini.

Untuk keterangan lanjut mengenai Album dan kenali Shazzwan:


Facebook page: Shazzwan's





Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: ,