Pertama Kali Gunakan ''Self Service Laundry'' | Ezy Clean Dobi

Assalammualaikum w.b.t


Ezy Clean Dobi |  Pertama kali Mrsyanie merasa pengalaman dobi ''Self Service Laundry'' 24 jam di Ezy Clean Dobi. Sebenarnya Mrsyanie tak pernah pun cuci baju atau keperluan di  ''Self Service Laundry''.  


''Self Service Laundry'', ezy clean dobi

''Self Service Laundry''


Ezy Clean Dobi


Selalunya Mrsyanie akan terus hantar ke dobi biasa bukan jenis ''self service laundry''. Pengalaman yang sangat menarik bagi Mrsyanie. Ok pasti ada yang dah selalu ke dobi ''self service laundry'' kan. Tapi Ezy Clean Dobi lain sedikit dari ''self service laundry'' yang biasa. Dia lebih menekan kan konsep mencuci seperti dirumah. Harga sangat murah dan sangat berbaloi kalu korang datang mencuci di Ezy Clean Dobi.



Ezy Clean Dobi juga menyediakan 2 jenis mesin basuh. Mesin basuh biasa menggunakan air sejuk (air paip) dan satu lagi mesin basuh yang mempunyai pemilihan air untuk pencucian.


MESIN BASUH PILIHAN AIR : HOT, WARM & COLD



MESIN PENGERING

Di Ezy Clean Dobi menggunakan syiling rm0.50 sahaja tetapi jangan bimbang kerana Ezy Clean Dobi juga menyediakan mesin pertukaran syiling bagi memudahkan pelanggan untuk pencucian. Antara kemudahkan yang disediakan juga adalah meja untuk melipat kain dan kerusi menunggu. 



Jangan bimbang bagi yang pertama kali macam Mrsyanie untuk gunakan dobi ''self service'' ini kerana di Ezy Clean Dobi menyediakan cara-cara untuk menggunakan setiap mesin yang disediakan. Sangat mudah dan hanya ikut sahaja arahan yang disediakan. Semudah A,B,C. cewahh. Tengok muka teruja Msryanie nak basuh baju di Ezy Clean Dobi.





Eh Eh Mrlaling pun nak cuba juga ye..hihi tengok encik encik suami pun boleh nak tolong isteri basuhkan baju tau di Ezy Clean Dobi sangat mudah. Dah cuci terus keringkan dan lipat. Siap bawa balik dan susun. Mudah sangat tambahan bagi kedua suami isteri yang sibuk bekerja. 









Untuk sebarang pertanyaan, jangan risau bantuan sedia dihulurkan oleh pihak Ezy Clean Dobi. Hanya hubungi nombor yang  dipamerkan sahaja.




Facebook: https://www.facebook.com/DobiEzyClean

Lokasi: No.9 Jalan Malim 2, Taman Malim 2, 
35900 Tanjongmalim,
 Perak, Malaysia




Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang


Labels: ,