Jom Klik

FEED EFG

PIZZA STOP

Assalammualaikum w.b.t


PIZZA STOP |  Food hunting yeahh.. Kali ini bukan di kedai atau restoran tetapi hanya dijual di pasar malam dan dibuka khemah tepi jalan. Tapi ianya sangat sedap dan lembut. Setaraf dengan pembuatan pizza yang lain.


PIZZA STOP


Namanya pun Pizza Stop, bila makan pizza ni dah tak mahu pizza yang lain. Walahh sangat sedap dan lembut rotinya. Harga sangat berpatutan dan boleh dikatakan murah.  Pizza Stop menyediakan 9 perisa pizza yang sangat sedap. Mrsyanie pertama kali beli, kebetulan pergi ke TF market di Behrang 2020. Teringin pulak rasa nak makan pizza time itu. ermm apa lagi rezeki Mrsyanie dapat gak makan pizza sebelum gaji kan. Mrsyanie order perisa cendawan dan ayam BBQ.  Yang paling best 1 pizza boleh pilih 2 perisa. Untung kan dapat rasa 2 perisa sekali. Pizza Stop dijual dihadapan dengan TF market.


Pizza Stop dijual hanya buka khemah sahaja dan lokasi utamanya di pasar malam di Kuala Kubu Bharu, depan TF market Behrang, dan pada hari rabu akan dibuka di pasar malam Bandar Tasik Puteri Rawang. Ia mula niaga setiap hari jam 5 petang sehingga 10 malam sahaja bergantung kepada lokasi. Jangan bimbang jika korang nak beli boleh telefon dahulu pemilih Pizza Stop untuk tempahan atau sebarang pertanyaan.


Tempat pembakar yang kecil dan menarik


Pizza Stop menyediakan 2 jenis saiz iaitu saiz sederhana dan besar. harga yang ditawarkan sangat murah dan lebih untuk jika order saiz besar.



Pizza Stop sangat sedap dan lembut sahaja rotinya. Lain rasanya dari pizza yang dibuat oleh restorant besar. Tidak rugi korang beli tau, dengan harga yang murah dan sedap. Tambahan time belum gaji ini kan. Teringin lak nak makan pizza hubungi sahaja nombor telefon yang dibawah.

''Rasa Pasti Berbeza''

Hubungi Pizza Stop:

019-5081985

Pizza Stop juga menerima sebarang tempahan.



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang


 

3 comments:

  1. wah, macam sedap la! :)
    kat klang selangor xde juai ke? T_T

    ReplyDelete
  2. Uuuuu, jauh nak ke Kuala Kubu Bahru nun! Haish. Nampak sedap pulak tu pizza nya

    ReplyDelete
  3. Pizza tu nampak menyelerakan sunggu. harganya pun pasti ok kan?

    ReplyDelete

FANPAGE

back off