Puding Raja Manisan Negeri Pahang

Assalammualaikum w.b.t

Puding Raja Manisan Negeri Pahang

Puding Raja Manisan Negeri Pahang | Sepanjang umur Mrsyanie 29 tahun baru Mrsyanie tahu adanya menu manisan yang sangat sedap iaitu Puding Raja Manisan dari Negeri Pahang. Mrsyanie dapat tahu dari kawan sepejabat.

Puding Raja , Manisan Negeri Pahang

Puding Raja


Puding Raja asalnya sebagai sajian pencuci mulut bagi kerabat DiRaja Pahang. *Ia berasal dari Pekan Bandar DiRaja Pahang dan merupakan makan istimewa terutamnya di daerah Pekan.*Bahan utama untuk membuat puding ini adalah pisang lemak manis, buah prune, ceri dan gajus. Dan yang paling penting dalam Puding Raja adalah Jala Mas yang dibuat dari kuning telur diletakkan diatas pisang lemak manis yang disalai. Kiranya komponan utama dalam Puding Raja adalah pisang lemak manis yang disalai dan kuning telur yang dipanggil Jala Mas. Tidak lupa jugak Puding Raja ini merupakan manisan yang dimakan bersama dengan sos puding.




Terima kasih Wani yang memperkenalkan Puding Raja Manisan Negeri Pahang ini kepada Mrsyanie. Siap dapat merasa tau. Dibuat khas untuk rakan sekerja. Bukan skali jew, dah dua kali dia buatkan. Alhamdulillah.. sangat sedap. Boleh lah tempah dengan dia nanti.



Nampak tak muka teruja pertama kali makan Puding Raja Manisan Negeri Pahang yang rupanya sangat terkenal. Manisan yang sangat sedap gabungan kuning telur sebagai Jala Mas dengan pisang lemak manis bersama sos puding. Boleh lah sesiapa nak tempah dengan kawan Mrsyanie ni.. sedapppp!!! 




Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang




Antara blog/fb yang korang boleh cuba resepi Puding Raja Manisan Negeri Pahang:

Labels: