Restoran Rumah Thai di Taman Melawati

Assalammualaikum w.b.t

Restoran Rumah Thai


Restoran Rumah Thai | Taman Melawati | Kalau tanya orang Kuala Lumpur pasti pernah dengar Restoran Rumah Thai yang dulunya di lokasi Taman Melati. Tapi Restoran Rumah Thai kini telah bertukar lokasi di Taman Melawati. Rasanya jangan bimbang, tetap sama sedap dan bertambah sedap lagi tau.

Alang-alang Mrsyanie dah lepak Kuala Lumpur minggu lepas terus lah serbu Restoran Rumah Thai untuk makan malam. Sangat teruja nak rasa masakan Thai dari Restoran Rumah Thai kerana ramai kata sedap. Sedap ke tak jom kita kasi rasa.



Sangat terkejut kerana Mrsyanie order set menu Superior untuk makan 4 orang, tapi kami datang berlima (5). Yelah mau tak terkejut, kuantiti makananya banyak dan untung sangat rasanya. Boleh makan untuk 6 orang rasanya. Syukur alhamdulillah.


Set Menu Superior:
Keropok Ikan
Kerapu 3 Rasa
Tom Yam Songkla
Udang Butter
Ayam Pandan + Sos Thia
Brokoli Cendawan
Nasi putih

Mrsyanie juga buat tambahan menu:
Sus Ekor (1 orang)
Kerabu Mangga (1orang)


Tom Yam Songkla : Sangat sedap tidak seperti Tom Yam biasa, dengan campuran Ketam dan seofood yang lain.




Tengok pun dah terliurkan setiap menunya. Rasanya fuh terasa duduk di Thailand menikmati Tomyam asli dari Thailand. Sangat sedap!!! Rasa tetap sama sedap dan tukang masak tetap sama. Tak perlu nak pergi ke Thailand dah lepas ni kalu nak makan menu masakan Thai, datang sahaja ke Restoran Rumah Thai untuk menikmati masakan Thai. 
Apakah ini? Ini adalah Ayam Pandan yang sangat sedap.



Menu: Meung Kham. Meung Kham ini merupakan makanan ala-ala desert yang di makan dengan mencampur semua ramuan dan dibalut dengan daun sirih. Sangat sedap tau. Pertama kali makan daun sirih, sedap gak rupanya dimakan dengan ramuan yang sedap.


Di Restoran Rumah Thai juga menyediakan kemudahan WIFI Percuma, tempat solat, dan lokasi tempat parking sangat mudah dan banyak. Lokasi kedai jugak selesa kerana restoran lebih luas dan sesuai untuk buat majlis seperti sambutan hai jadi atau

Inilah hadapan Restoran Rumah Thai. Masih belum naik signboard tapi jangan risau tidak lama lagi akan naik signboard Restoran Rumah Thai. Restoran betul-betul nsebelah dengan kedai KL House Of Lamb.
Bersama Ibu kepada Puan Nas yang merupakan pemilik Restoran Rumah Thai. Puan Nas berasal dari Kelantan. Terima kasih Puan Nas dan Ibu Puan Nas.


"Good Food, Good price, Good Ambience "



Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat:



Alamat :
Restoran Rumah Thai
B-4, G-2, Gaya@Melawati, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati
Kuala Lumpur, Malaysia



Call untuk booking :
Restoran : 03-4162 8207
Ema : 018-278 2460


Waze: AM Bistro, Taman Melawati (Sebelah dengan KL House Of Lamb)
GPS: Lorong Selangor, Taman Melawati 


Facebook: Restoran Rumah Thai


Website: http://www.restoranrumahthai.com/

Waktu Operasi :
Isnin-Ahad
11pagi - 11malam







Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang



Labels: ,