Boat Noodle @ Publika

Assalammualaikum w.b.t


Boat Noodle @ Publika | Akhirnya dapat juga Mrsyanie merasa Boat Noodle yang sering kali diperkatakan dalam media sosial. Agak femes jugak Boat Noodle ni dengan keunikkan konsep yang ditampilkan.


Boat Noodle Publika, Publika Mall

Boat Noodle


Terima kasih kepada Bella Idura dan Pidot bawa Mrsyanie dan Mrlaling makan free di Boat Noodle. Korang memang awesome lah. Selepas event Opening NELYZ COUTURE BOUTIQUE kami terus ke Publika Mall untuk pekena Boat Noodle yang havoc kot di media sosial.


Disebakan ni 1st time Mrsyanie datang, jadi Bella tolong orderkan menu yang sedap.hihi Tq Bella

Boat Noodle @ Publika





Licin kami makan, tapi ini dikira sikit tau bagi Boat Noodle. Ada yang pernah makan sehingga 80 mangkuk tau. Kuantiti yang disediakan sedikit sahaja bagi 1 mangkuk dengan harga hanya RM1.90 sahaja, tapi kami mampu makan 4 magkuk jew itu pun dah cukup kenyang sangat. Lagi satu Mrsyanie suka air yang diorang sediakan sangat sedap. Deko cafe ini pun cukup cantik dan sempoi. Dengan meja menggunakan kayu ala-ala kat kantin sekolah je rasa. Selain itu, paling menarik mereka menyediakan print gambar secara percuma. Mudah sahaja, hanya snap gambar korang makan di Boat Noodle dan uploadkan di instagram dengan hastag #Boatnoodle #Publika. Percuma plak tu, apa lagi kami semangat lah bergambar dan upload selagi boleh hahaha.. 


Perut dah kenyang apa lagi,masa untuk berjimba pulak. Layan karaoke dihari minggu. Praktis nanti nak masuk pertandingan karaoke tau. Dimana? Nantikan ada lagi 2 minggu tau. Tapi suara tak lah semerdu mana.Takat leh sumbangkan je hihih. Terima kasih jugak Bella dan Pidot kerana tumpangkan kami bermalam dirumah dan pagi-pagi sarapan sekali. Siap bawa ke Tasik Biru lagi. Nanti kita jalan-jalan berjimba lagi ye. Terima kasih dear.




Hari minggu yang havoc dan best giler!! Terima Kasih

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: ,