Bukit Tinggi Pahang | Part 1

Assalammualaikum w.b.t

Bukit Tinggi Pahang | Part 1 |  Dapat jugak Mrsyanie merasa naik Bukit Tinggi yang selalu orang cerita mengenai baju kimono nya. Hari Merdeka yang lepas Mrsyanie dah tak tahu nak pergi mana, akhirnya ke Bukit Tinggi kita.Dapat part 1 ini, Mrsyanie akan bawa korang ke Japanese Village dan Botanical Garden. Wah berkimono kami. 

Bukit Tinggi Pahang 


Mrsyanie dah siap-siap buat rujukan dulu mengenai Bukit Tinggi, planning asalnya nak tidur di Bukit Tinggi tapi ada beberapa perkara yang buatkan Mrsyanie tak jadi tidur di Bukit Tinggi. Mrsyanie gerak dari Rawang kerana malam itu tidur di rumah blogger Bella. Mrsyanie ikut jalan UIA, Gombak. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Tinggi lebih kurang 45 minit- 1 jam jika tiada sebarang kesesakan jalanraya. Alhamdulillah time kami ke Bukit Tinggi perjalanan berjalan dengan lancar.


Di Bukit Tinggi untuk masuk ke kawasan Berjaya Hills dikenakan bayaran. Korang tak perlu keluar ke kaunter kerana mereka menyediakan perkhidmatan kaunter drive thru. Memudahkan para pengunjung untuk terus menuju ke destinasi.

Bayaran yuran yang dikenakan:



Disini korang boleh terus ke kawasan Colmar Tropicale atau korang boleh ke kawasan Organic Farm. Kebanyakkan pengunjung akan terus menuju ke Colmar Tropicale. Disini korang boleh menaiki kenderaan sendiri atau menaiki ala-ala mini bas terbuka untuk pusing di sekitar Berjaya Hills ini. Mrsyanie buat pilihan untuk bawa kenderaan sendiri terus ke setiap putstop kerana ramai sangat pengunjung. Jadi Mrsyanie tak mahu menunggu hihi. Pitstop pertama kami adalah Japanese Village.

Japanese Village




Menarik di Japanese Village adalah disini korang boleh mengayakan pakaian rasmi Jepun iaitu Kimono tapi setiap pasang dikenakan sewa. Sewa adalah RM20 seorang tapi yang menarik korang boleh bergambar disekitar kawasan taman dengan suasana rumah Jepun. Mrsyanie tak lepaskan peluang, yelah bukan selalu kan untuk merasa mengayakan pakaian Jepun.






 
  
Disini juga terdapat kedai cenderahati yang korang boleh beli untuk dibawa pulang. Air juga dijual disini. Tapi Mrsyanie syorkan korang bawa air siap-siap tau kerana agak mahal jualan disini. Lagipun cuaca agak panas. Kami terus ke Pitstop kedua kami yang hanya disebelah dengan Japanese Village iaitu Botanical Garden.

Botanical Garden


Di Botanical Garden korang boleh melihat pemandangan indah flora yang ditanam disini dengan suasana yang indah dan nyaman. Di Botanical Garden juga terdapat sebuah restoran Jepun. Tapi Mrsaynie tak masuk pun kerana tidak pasti halal atau tidak.






Seterusnya ke part 2


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , , , , ,