Jom Klik

FEED EFG

Hari Keluarga Keturunan Alang Abdul Rahim & Hjh Sanuyah

Assalammualaikum w.b.t

Hari Keluarga Keturunan Alang Abdul Rahim & Hjh Sanuyah | Ini adalah pertama kali Hari Keluarga Alang Abdul Rahim & Hjh Sanuyah diadakan bagi merapatkan lagi siratulrahim antara keluarga. Hari Keluarga Alang Abdul Rahim & Hjh Sanuyah berlangsung di Institut Latihan Universiti (UiTM), Perak.

Sebelum itu sama-sama kita serdekahkan Al-Fatihah kepada moyang Mrsyanie, arwah Alang Abdul Rahim & Hjh Sanuyah dan juga buat arwah ahli keluarga yang telah kembali ke Rahmatullah. Hari Keluarga Alang Abdul Rahim & Hjh Sanuyah telah berlangsung selama 2 hari 1 malam (pada hari raya ke-3 AidilAdha). Tujuan utama Hari Keluarga Alang Abdul Rahim & Hjh Sanuyah diadakan bagi berkumpul sesama ahli keluarga bagi mengenali dan merapatkan siratulrahim. Dapat juga kami kenali sejarah nenek moyang kami dan keturunannya. 


Ramai juga yang Mrsyanie tidak kenal dan pada Hari Keluarga Alang Abdul Rahim & Hjh Sanuyah baru lah Mrsyanie kenal saudara-mara yang lain. Hari keluarga ini sebelah Mak Mrsyanie. Dapatlah jumpa dengan sepupu-sepupu Mak Mrsyanie yang tak pernah Mrsyanie kenal. Selain itu, Mrsyanie dapat mengetahui sejarah keluarga besar belah Mak Mrsyanie. 






Acara majlis mula pada belah malam, dimana kami berkumpul makan malam bersama. Antara aktiviti yang dijalankan adalah cabutan bertuah, hadiah Khas, kuiz tentang sejarah keluarga dan acara kanak-kanak iaitu pakaian tercantik. Selepas tamat acara didewan kami terus acara BBQ pula.


Hari Keluarga Alang Abdul Rahim & Hjh Sanuyah kali ini dilaksanakan oleh Ayah Msryanie dan Pakcik Kamaruzaman. Dengan harapan moga akan diakan lagi Hari Keluarga sekurangnya 2 tahun sekali bagi tidak terputus hubungan siratulrahim antara keluarga besar kami. Insya-Allah. 

Lokasi  Hari Keluarga Alang Abdul Rahim & Hjh Sanuyah sangat menarik. Nantikan dalam entry seterunya khas untuk Institut Latihan Universiti (UiTM). 



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

No comments:

Post a Comment

FANPAGE

back off