Jom Klik

FEED EFG

Hari Raya Aidil Adha : Raya 1

Assalammualaikum w.b.t

Hari Raya Aidil Adha : Raya 1 | Tahun ni Mrsyanie beraya dirumah Mertua, yelah kena bergilir-gilir bila cuti raya ini. Brau lah adil dan saksama. Tahun ini Mrsyanie tak ambil cuti pun disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. sob sob sedih pakat-pakat yang lain cuti. Jadi Mrsyanie dapat bercuti hari Khamis sahaja. Korang pernah tengok korban tak?


Mrsyanie pernah tengok korban tahun lepas, tapi tahun ni tobat tak mau tengok dah. hihi bukan apa, Mrsyanie ni lembut hati sangat kang kecian dah tak leh makan daging korban. Tahun ni hanya mintak Mrlaling ambilkan gambar sahaja. Dok kat rumah kampung je menanti gambar dari Mrlaling.


Raya di kampung malam raya tu mesti ada Takbir setiap rumah. Tu dah menjadi kebiasaan dikampung Mrlaling. Malam lepas isyak akan ada takbir ke setiap rumah macam raya Aidilfitri. Di rumah Mertua tak ketinggalan, tetapi tahun ini tidak ramai yang balik ke kampung. Tiada takbir rumah ke rumah hanya takbir sambil lalu seluruh kampung sahaja. Malam raya menu di kampung adalah menu wajib iaitu Lontong. Sangat sedap dengan sambal nye. Setiap tahun raya Puasa atau Haji, mertua tetap buat lemang pulut dan lemang tepung. Lemang masak sendiri tau, sebab rasa dan kualitinya dijaga dan terjamin. cewahh gitu. Tapi Mrsyanie tak dapat nak join melemang sebab kerja. Raya AidilAdha memang kami tak ada tema baju raya. Jadi pakai baju raya yang sedia ada je (yang lama-lama). Janji dapat beraya bersama.



Tahun ini raya AidilAdha agak kurang meriah kerana Mrsyanie dan Mrlaling raya ke dua dah masuk kerja. Tapi tak pe, tunggu pulak raya ketiga sebab ada program 'Family Day' Keluarga besar sebelah Mak Mrsyanie. Yeahh jom jalan-jalan, kome tunggu teman datang ye. (*_*)


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

2 comments:

FANPAGE

back off