Jom Klik

FEED EFG

Kaio Studio Most Glam Fashion Videographer

Assalammualaikum w.b.t

Kaio Studio

Kaio Studio | Most Glam Fashion VideographerBaru-baru ini Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain.

TOP 5 Most Glam Fashion Videographer

Anwar Abdullah , Kaio Studio 

Lulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan. Anwar Abdullah atau nama penuh Khairul Anwar Abdullah, lebih dikenali dengan nama Kaio di kalangan rakan-rakannya. Mula karier sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008. Di mana Kaio berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab. Kaio juga pernah pernah ke kaca TV, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang.
Anwar Abdullah , kaio studio
Minat dalam bidang photography dan videography telah membuatkan Kaio terjun ke dalam bidang kreatif ini bermula tahun 2012 dengan jenama Kaio Studio.Pada permulaan Kaio Studio banyak mendapat permintaan shoot video dan photo secara suka-suka seperti muzik video, filem pendek dan juga majlis-majlis perkahwinan.

Dan kini pada tahun 2015 Kaio Studio mula berkembang dengan melebarkan sayap ke serata Malaysia dan juga ke luar negara sepeti Paris dan Cairo, Mesir untuk menjalankan tugasan videography di sana bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi

Selain dari negara eropah dan timur tengah, Anwar Abdullah juga turut melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara asia tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana. Selain dari itu Anwar Abdullah juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai ‘Iron Lady’

Bukan hanya industri fesyen dan korporat, Anwar Abdullah yang juga meminati industri pelancongan dan berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika ketika pelancaran “Discover Thainess 2015” di Bangkok baru-baru ini bersama Majalah Asia Horizon yang dijemput khas oleh Tourism Authority of Thailand.

Selain dari itu, Kaio Studio juga telah terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen, dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza. 

Pencapaian Kaio Studio
  • Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)
  • Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
  • Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
  • Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka 6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
  • Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
  • Pure Lens by Mawar Rashid. 9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
  • Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd
Dan banyak lagi hasil kerja Kaio Studio ini
• Anuar Zain in Paris : https://youtu.be/NfEJLZ1Z4Ik 
• Lumiere Fashion Show VIP : https://youtu.be/LxMAQct-Nkk 
• Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt : https://youtu.be/4_Nj70fp1o8

Sejajar dengan pencapaian memberangsangkan Kaio tidak lagi boleh bergerak solo selamanya. Kaio telah mula merangka dan menyerap photographer dan videographer sebagai ahli pasukan Kaio Studio. Kaio Studio turut menjadi photographer dan videographer rasmi sempena Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari yang lepas. Sangat teruja dengan hasil yang diberikan oleh pihak Kaio Studio. Suka sangat!! Setiap aksi dirakam oleh Kaio Studio untuk kami menjadi kenangan masa hadapan.




Kaio Studio juga menyediakan pelbagai pakej untuk pelbagai event, sangat disyorkan perkhidmatan jurugambar dan juruvideo yang sangat bagus dan hasil yang berkualiti!! Berminat boleh hubungi :

1 comment:

FANPAGE

back off