Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 6

Assalammualaikum w.b.t


Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 6 | Phi Phi Island | Entry yang lepas Mrsyanie dah ceritakan perjalanan kami dibeberapa pualau pilihan menarik. Dah penat pusing kami dibawa ke Phi Phi Don Island untuk menikmati makan tengahari pula.

Krabi | Thailand

Trip Honeymoon Krabi - Phi Phi Don Island

Ingat tak Mrsyanie ada cerita yang Phi Phi Island terbahagi kepada 2 kawasan? Rujuk SINI. Dah penat main air laut, misi memenuhkan perut pulak. Dalam pakej disediakan sekali dengan pakej makan tengahari di Phi Phi Don Island. Konsep makan tengahari yang disediakan adalah secara buffet. Simple menu sahaja tetapi sedap. 


Lepas makan kami pun jalan-jalan sementara menunggu masa yang telah dijanjikan. Singgah dulu beli air krim (macam homemade) sangat sedap tambahan pula makan dikala matahari meninggi. Bukan dikedai pun, makcik ini jual menggunakan motor je pun. Korang boleh pilih berapa BHT mengikut cup yang disediakan.








Perut dah kenyang, tekak dah sejuk makan aiskrim apa lagi jom kita snorkeling. Kami dibawa ke tengah laut Loh Samah Bay yang mana air pantainya sangat jernih dan cantik. Dari atas boat pun boleh nampak ikan berenang-renang gembira. Cewahh hihi Nampak tak muka gembira jew nak snorkeling.





Dalam tak sampai 5 minit, Mrsyanie dah naik semula sebab tak tahan dengan perut yang senak kekeyangan. Cepat-cepat naik boat. Cari plastik, habis semua makanan yang dimakan tengahari itu. Mabuk laut terus jadinya. sedih jew tak leh snorkeling lelama tau. Jadi tukang ambil gambar Mrlaling jelah sebab dah naik atas boat. Disini kami diberi masa selama 40 minit untuk snorkeling.






Nak kasi tips sket, kalau korang nak snorkeling sangat-sangat tidak digalakkan korang makan terlalu banyak atau kenyang kerana akan membuatkan perut korang ditekan untuk muntah. Jika korang dah biasa tiada masalah tapi jika korang tak biasa. Makan sekadar alas perut dan pastikan sediakan plastik. :)

Selesai snorkeling, kami terus dibawa kedarat untuk pulang. Di pantai nanti korang akan nampak ada orang jual gambar-gambar. Boleh lah nak tengok atau beli gambar yang diorang dah siap print. Harga lebih kurang BHT100. Kami terus dihantar semula ke resort oleh pihak tour guide. Sampai je resort kami berehat dulu, kepenatan main air dengan cuaca yang agak panas. Kemana yek petang dan malam kedua kami? Nantikan next entry ok.


**sambung part : Part 7 - Day 2

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , ,