Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 7

Assalammualaikum w.b.t

Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 7 | Maaf lah ye sebab lambat updated entry honeymoon Krabi. Sambungan dari entry: Part 6. Hari kedua petang selepas selesai ber' snorkeling ', tibalah masa untuk kami merehatkan diri dengan urutan manja Thai. hihi manja lah sangat kan. Kami tak berkesempatan nak ke spa hotel sebab lupa sangat nak booking. Balik petang diorang dah tutup spa. jadinya kami ke kedai massage Thai luar hotel. Sebaris dengan kedai-kedai biasa. Banyak spa massage Thai dekat Krabi ni, memang bidang mereka lah bab massage. 



Best jugak sebab dapat diurut tambahan kepenatan sangat ber'snorkeling' kan. Harga pun murah dari yang hotel. Memang best dapat ber'massage', yang pasti kami ambil satu bilik. Tak ada lah risau sangat kan..haha.. Tapi biliknya bukan lah ada pintu, hanya tutup dengan langsir. Tak kisah janji best bermassage, dapat relax kan urat-urat yang tegangkan. Di spa massage ini korang boleh tawar menawar harga ikut pakej yang korang nak tau, kalu boleh tawarlah semurahnya tapi jangan plak tergoda kalu time massage dia suruh buat massage tambahan (pandai mengoda diorang ni) nasib tak tergoda. Dah relax, perut lak terkeroncong (kelaparan). Jom cari menu makanan wajib yang masih belum dijumpai. hihi iaitu Pancake Thailand. 



Tak sah kalu korang datang bercuti atau berhoneymoon di Krabi tak merasa Pancake Thailand. Paling sedap Pancake Coklat. Fuh rasa nak pergi balik Krabi cari Pancake ni. Rasa Pancake di Thailand ni bukan seperti pancake Malaysia atau pancake biasa, rasanya seperti roti canai pun ada. Tapi memang sedap lain dari yang lain.



Mana kenyang kan makan pancake jew kan. Jom cari kedai makan tapi kali ni Mrsyanie dan Mrlaling nak cari kedai makan yang murah sedikit. Nama pun honeymoon bajet kan. Jom kita terjah sebelum tu kami kena sewa dulu motor untuk memudahkan pergerakkan kami. Kebanyakkan kedai makan yang murah dan Halal jauh sedikit dari kawasan Ao Nang Beach. Sewa motor disini agak murah dan kebanyakkannya pelancong akan sewa motor bagi memudahkan pergerakkan.




Kami sewa motor skuter. Rindu pulak kat mototr skuter yang dulu, sekarang hanya menjadi kenangan dalam memori sahaja.



Dah pusing-pusing akhirnya kami jumpa kedai yang bertanda Halal. Di hujung kawasan pantai Ao Nang. Ada sunyi sedikit kawasan sini, tetapi penuh dengan kedai makan tapi tak semua halal ye. Walaupun agak biasa tapi masakannya tetap sedap, kami order nasi goreng Seafood dan Kuey teow goreng. Disini juga korang boleh order makan seafood yang segar dan femes dengan Tomyam nya.






Siap ada buah pencuci mulut lagi, serius mangga di Thailand ni sangat sedap dan manis. Perut kenyang jom balik tido. Agak-agak apa aktiviti hari ke 3 kami di Krabi.  Memang seronok dapat naik motor ronda waktu malam kan.. weee..




Ringkasan:


Thai Oil Massage: BHT 200 x 2 orang: BHT 400

Pancake Coklat: BHT 40
Sewa Motor skuter: BHT 200 / perday
Makan Malam: BHT 250



 **sambung part : Part 8 - Day 3 



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , ,