Maze Runner: Scorch Trials

Assalammualaikum w.b.t

Maze Runner

Maze Runner: Scorch Trials | Filem yang Mrsyanie nantikan untuk tahun 2015 ini, iaitu Maze Runner: Scorch Trials. Ianya sambungan dari Filem Maze Runner pertama yang mengisah seorang sekumpulan remaja dikurung dalam satu kawasan yang dipagari dengan dinding yang tinggi.


Maze Runner: Scorch Trials 


Masih ingat tak Mrsyanie pernah ceritakan tentang sebuah game yang bernama Breakout Games. Ianya hampir sama dimana ianya perlu cari jalan keluar dari kurungan.  Maze Runner: Scorch Trials mengisahkan dimana sekumpulan remaja yang terselamat dari kurungan dibawa ke suatu tempat yang lebih selesa oleh penyelamat di Filem Maze Runner pertama. Tetapi akhirnya mereka dapat tahu bahawa penyelamat mereka juga bekerja dibawah satu organisasi iaitu WCKD (syarikat dibawah arahan Dr Ava Paige). Dr Ava yang disangka mati oleh mereka akhirnya mendapati bahawa Dr Ava masih hidup dalam Maze Runner: Scorch Trials.


Korang kena tengok dulu Maze Runner yang pertama kerana ianya berkaitan, nanti korang agak kurang paham. Jalan ceritanya sangat best dengan setiap aksi yang ditonjolkan. Yang tak bestnya bila seorang remaja bernama Minho ditangkap semula oleh WCKD. Mereka diserang semula oleh pihak WCKD dengan kerjasama Teresa yang menyangka keputusannya adalah betul untuk membantu mencari penawar. Sedih bila Minho kena tangkap huhu.


Maze Runner: Scorch Trials dibintangi oleh Dylan O’Brien (Thomas), Ki Hong Lee (Minho), Kaya Scodelario (Teresa), Thomas Brodie-Sangster (Newt), Dexter Darden (Frypan) dan Alexander Flores (Winston), dan Patricia Clarkson (Dr Ava Paige). Beberapa watak baru yang dilakonkan oleh Rosa Bianca Salazar (Brenda), Jacob Lofland (Aris), Giancarlo Esposito (Jorge), dan Aidan Gillen (Janson).


Jom tengok trailer!!!


Mrsyanie bagi 5 bintang untuk filem Maze Runner: Scorch Trials. Tak sabar nak nantikan sambungan Maze Runner 3 pulak. Apa lagi korang boleh ke pawangan yang berhampiran dan pastikan korang tengok dulu filem Maze Runner pertama tau.



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: ,