Jom Klik

FEED EFG

Nasi Lemak segera SALEES FOOD

Assalammualaikum w.b.t

Nasi Lemak Segera

Nasi Lemak SALEES FOOD |  Korang ingat lagi ta Mrsyanie ada cerita mengenai Mrsyanie cuba untuk masak nasi lemak tapi kurang menjadi tu > Bukan Mudah Masak Nasi Lemak. Akhirnya jumpa jugak Mrsyanie dengan cara mudah untuk menyediakan Nasi Lemak yang sedap.

Nasi Lemak SALEES FOOD


Cara membuat Nasi Lemak SALEES FOOD semudah ABC dan D. Tak perlu membuang nasi yang tak jadi tau. Nasi Lemak Instant yang pertama Mrsyanie jumpa. Tak terpikir Nasi Lemak boleh dibuat segera. Jenuh pikir macam mana tapi tak perlu pikir jauh dah kerana SALEES FOOD telah siapkan untuk semua Nasi Lemak segera. Sekali dengan sambal pun disediakan tau, pelengkap utama Nasi Lemak.




Pada mulanya Mrsyanie macam tak percaya betul ke hanya paket ABCD ni boleh dijadikan nasi lemak? Jom kita cuba, ikut sahaja arahan yang disediakan di bekas segera. 


Takut ada yang tak perasan, di bekas segera ini dinyatakan takat level air yang diperlukan. Mudah semua siap dinyatakan, hanya mengikut setiap arahan yang diberikan. Dalam 5 minit siap dimasak. Sangat segera seperti Mee segera tau.


Tara siap Nasi Lemak telur dadar. Telur dadar tu tak disediakan tau, korang beli lah dalam sebiji untuk masak hihi. Tak mahu letak telur dadar pun tak apa sebab disediakan sambal dan ikan bilis goreng. Lengkap!! Nak lagi sedap? Kita letakkan Daging salai ayam (BBQ Chicken Slice) pergg serius sedap!! BBQ Chicken Slice sangat mudah di tak perlu nak masak teruk-teruk, hanya panaskan dalam 2 - 3 saat dalam microwave. Siap untuk dimakan. Boleh jua dimakan begitu sahaja atau nak buat sandwich pun boleh.





Inilah dia Nasi Lemak dengan daging ayam salai SALEES FOOD. Mudah dan cepat hanya boleh sediakan dalam 5 minit sahaja. Senang untuk isteri yang sibuk bekerja, pelajar atau boleh jua dibawa travel. Tak perlu dah nak ikat perut di negara luar, sebab dah boleh dapat makan nasi lemak yang sedap dengan segera. Mrlaling kata sangat sedap, cukup rasa dan lemaknya. Daging ayam salai tu pun sedap, sesuai makan dengan nasi jua.


SALEES FOOD

Salees food adalah sebuah syarikat di bawah Golabal tradelink (M) Sdn Bhd. Bermula pada tahun 2001, mereka memulakan perniagaan dengan menjual produk kecantikan dan kesihatan di bawah nama “Kayla  Beverly  Hills”. Bermula  pada  tahun  2014, mereka telah menjenamakan produk mereka dengan tagline “Instant Autentic Malaysian Foods.” Antara makanan yang disajikan oleh Salees food adalah, instant nasi lemak, chicken floss, BBQ Chicken Slice Pack, Kuih Siput, Mini Fried Rempeyek, Fried Dhall Nuts, ready to eat: Spicy anchovies and spicy tamarind.


Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian:

Product: Fast Food

Contact : En Lufty - 0192862828 
Email: mohdlufty@gmail.com


Instagram: Salees_food



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

15 comments:

  1. macam menarik jer nih...nak kena cuba nih... sekarang ni segalanya mudah, segalanya instant kannn?

    ReplyDelete
  2. sekarang dah semakin mudah dan senang. cuma nak rajin je ;-)

    ReplyDelete
  3. amboi tak sangka nasi lemak pun ada yang instant
    Aishah

    ReplyDelete
  4. wah yanie.. menyelerakan tengok daging salai tuuu..dappnyaaa

    ReplyDelete
  5. Wah...bgusnya...
    Tak pernah jmpa lg produk ni kt penang

    ReplyDelete
  6. wah..macam best jaa..macam sedap jer.. Salam singgah disini : )

    ReplyDelete
  7. Huishhh sedapnyaaaaaaa.. Sekarang dah mudah dah...

    ReplyDelete
  8. Wahhh nasi lemak instant. Bagus ni bawak untuk travel ke luar negara.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah jumpalah MS.....ada yeh.....
    Bagus ni .....kalau darurat tak delah kempunan nak makan nasi lemak hihi....

    ReplyDelete
  10. Masak nasi dia cuma rendam jer ke MS....wah hebatnya

    ReplyDelete
  11. wahhh canggihnya skrg...nasi lemak pun ada instant:)

    ReplyDelete
  12. hemmm... boleh tuh di coba

    tengok punya ane juga www.ikmaluddinarifan.com

    ReplyDelete

FANPAGE

back off