Resepi Kek 2 Minit

Assalammualaikum w.b.t

Resepi Kek 2 Minit  | Macam tak percaya boleh buat kek 2 minit sahaja untuk membakar Kek. Resepi ini Mrsyanie dapat daripada satu program TV iaitu Hello Bro Tolong Masak. Rancangan yang dihoskan oleh 3 orang chef bujang yang hensem belaka.

Kek mudah cepat dan ringkas untuk suami

Dah tak perlu nak bakar lama-lama, bahannya pun mudah. Kek ini diberi nama kek mug kerana ianya dibakar didalam mug. Tapi korang boleh jugak gunakan cup lain seperti cup cakes, atau lain-lain yang tahan dengan microwave. 


Sumber gambar: google.com



Bahan-bahan:
  1. 3 sudu besar tepung kek 
  2. 3 sudu besar serbuk koko
  3. 3 sudu besar gula (dikisar/gula icing)
  4. 3 sudu besar minyak masak
  5. 3 sudu besar fresh milk
  6. 1 biji telur
Cara-cara:
  1. Masukkan satu per satu bahan (tidak ikut turutan pun tak apa)
  2. Kacau sehingga sebati (bancuh terus dalam mug pun senang)
  3. Masukkan dalam microwave  selama 2 minit.
  4. Siap! 

Kek masak bergantung kepada microwave yang korang pakai, Mrsyanie dalam 2 minit siap dibakar. Jika guna microwave oven dalam 1 minit pun dah boleh siap dibakar. Untuk kepastian selepas 2 minit buka microwave dan cuba cucuk guna garfu, jika masih lekat bahan adunan korang tambah lagi dalam lebih kurang 15 saat (bergantung kepada kek masak).


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: