Resepi Memikat Suami, Pikat Suami Kita Aja

Assalammualaikum w.b.t


Resepi Memikat Suami |  Pikat Suami Kita Aja |  Fuh trademark Jihan Musa dalam satu program TV yang disiarkan di Astro Ria, Resepi Memikat Suami. Memang betul pun pikat suami masing-masing je tau. Mesti korang yang dah berkahwin tahu bagaimana nak pikat suami kan. Ha yang masih bujang kena belajar tapi ingat jangan pikat suami orang pulak.





Resepi Memikat Suami



Kalau mak-mak dulu selalu pesan pikat hati suami dengan kenyangkan perut suami, maknanya jaga makan minum suami. Betul masakan isteri adalah yang terbaik dalam rumahtangga tapi bukan lah paksa hari-hari masak tetapi dalam seminggu tu masak lah. Sekurang-kurangnya nasi putih dan telur dadar.

Mrlaling seorang yang tak cerewet dalam hal menu masakan tapi ada juga yang dia kurang dan suka. Mrsyanie nak kongsikan satu resepi yang Mrsyanie belajar dari mertua dan menu ni sangat mudah dan ringkas. Menu yang Mrlaling sangat suka, cukup sekadar ada menu ni, nasi putih dan telur dadar. Apa menunya? Menunya adalah Sambal Cili Padi Ikin Bilis.

Cili api, bawang besar, ikan bilis

Resepi Ringkas Untuk Memikat Suami

Resepi Bahan-bahannya:

Cara-caranya: 

  1. Basuh ikin bilis dan gorengkan dengan minyak yang secukupnya. Goreng sehingga ranggup dan angkat & toskan.
  2. Tumbuk cili api (Mrsyanie diajar tumbuk cili api dengan lesung batu kerana ianya lebih sedap berbanding blander.)
  3. Agak cili api dah lumat masukkan bawang yang telah dipotong. Tumbuk sedikit bagi sekata dengan bawang.
  4. Masukkan minyak yang digunakan mengoreng ikan bilis untuk menumis. Masukkan cili api dan bawang yang ditumuk.
  5. Masukkan garam / perisa. Masak dalam 2-4 minit sahaja. Kemudian tutup api.
  6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng ranggup dalam cili api yang telah dimasak. Gaul dan terus angkat hidangkan dalam mangkuk lauk.
  7. Siap

** Tips: Untuk kekalkan keranggupan ikan bilis, korang masuk ikan bilis selepas api cili dipadamkan dan gaul hingga rasa sekejap. Kemudian terus angkat masuk dalam mangkuk lauk. Jangan dibiar lama kerana nanti ikan bilis akan hilang ranggup.





Menu ini korang boleh makan dengan nasi, roti dan sebagunya. Nak tahan lama masuk dalam peti sejuk, bila nak makan panaskan sahaja. Sangat sedap!! Ok selamat mencuba.




Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: