Review Filem: POLIS EVO Rugi Tak Tengok

Assalammualaikum w.b.t

Review Filem: POLIS EVO | Mulanya Mrsyanie tak berminat pun nak tengok filem Melayu kalu di pawagam sebab kekadang tu cerita nya tak leh masuk (cerita merapu dan sebagainya). Tapi kali ini serius memang berbeza. Antara filem Malaysia (Melayu) yang tak rugi siapa tengok di pawagam.


POLIS EVO


Filem Polis Evo merupakan sebuah filem arahan Ghaz Abu Bakar dan dibintagi oleh pelaokn terkenal iaitu Shaheizy Sam dengan gabungan pelakon lawak terkenal, Zizan Razak.  Filem Polis Evo juga dibintangi oleh pelakon hebat seperti Nora Danish, Mimie Ernida, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Amerul Affendy dan Allahyarham Harun Salim Bachik


Sinopsis ringkas

Filem Polis Evo mengisahkan dua anggota polis, yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai dan Zizan Razak Sebagai Inspektor Sani yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza dari segi cara kerja tetapi mereka haurs bekerjasama dalam satu kes besar bagi menjatuhkan atau menumpaskan sebuat operasi pengedaran dadah.



Filem ini mempunyai ciri-ciri aksi yang menarik dan ianya tak boring kerana diselitkan unsur lawak yang dibawa oleh Zizan Razak. Sangat best dan memang enjoy menonton filem Polis Evo. Antara filem Malaysia (Melayu) yang disyorkan korang pergi tonton dipawagan. Memang tak rugi!! Ramai yang dah pergi tonton di pawagan, hampir full house sewaktu Mrsyanie tengok wayang. Sengal-sengal Zizan tu, tapi dalam filem ini memang best. Tambahan gabungan watak serius Sam, dan setiap aksi yang Sam bawa memeng terbaik!! Loghat (bahasa Terengganu) yang dibawa oleh Nora Danish juga menjadi membuatkan filem ini sangat menarik.



Untuk filem Polis Evp, Mrsyanie bagi 4.8 bintang kerana jalan ceritanya yang best, aksi pun sangat menarik dan diselitkan rasa lawak dan cinta. Tak rugi rasanya tengok wayang filem Malaysia dengan cerita yang best. Mrlaling pun kata best. hihi. Apa lagi korang pergilah tonton filem Polis Evo dipawagam yang berhampiran. 


sumber gambar: google.com


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: ,