Kari Kepala Ikan yang Terkenal

Assalammualaikum w.b.t


Kari Kepala Ikan yang Terkenal | Restoran Kampung Pandan | Terkenal dengan menu Kari Kepala Ikan membuatkan Restoran Kampung Pandan dipenuhi dengan pelanggan. Restoran Kampung Pandan lebih dikenali dengan panggilan Restoran Kari Kepala Ikan (YKS).

Restoran Kari Kepala Ikan (YKS)


Restoran Kari Kepala Ikan (YKS) terletak ditengah bandar Kuala Lumpur. Dari KLCC hanya 10 minit berjalan sahaja. Lokasinya sangat strategik dan semestinya menu masakkan mamak menjadi pilihan Restoran Kari Kepala Ikan (YKS). Tapi jangan risau di YKS juga terdapat pelbagai menu lain.


Sajian utama pengunjung / pelanggan disini adalah Kari Kepala Ikan. Masakannya sangat sedap dan kaw (pekat). Fuh dah seharian pun bau kari ditangan tetap ada. Cukup rasa dan cukup rencah! Mrsyanie bukan pengemar ikan tetapi bila dapat rasa Kari Kepala Ikan dari Restoran Kari Kepala Ikan (YKS) memang tak leh tahan. Meratah sampai licin dan pertama kali Mrsyanie makan bibir ikan tau. Nyum sedap rupanya. Cuma belum cuba makan mata ikan sahaja.




Kari kepala ikan di Restoran Kari Kepala Ikan (YKS) disajikan bersama dengan nasi putih, timun, dan keropok. Korang boleh juga tambah ayam goreng rempah dari Restoran Kari Kepala Ikan (YKS) . Memang sedap!! Harga yang ditawarkan disini mengikut saiz ikan. Ianya terbahagi kepada 3 iaitu kecil, sederhana dan besar. Bermula RM60 sehingga RM90 mengikut saiz. Dalam gambar diatas adalah Kari Kepala Ikan yang besar. Korang boleh buat pilihan mengikut berapa orang makan. 

Menarik Restoran Kari Kepala Ikan (YKS)  adalah konsep restoran yang ditawarkan yang mempunyai kiosk bagi peniaga lain menjual pelbagai jenis menu. Terdapat Rojak, Satay, Tomyam, pelbagai jenis goreng-goreng dan macam-macam menu yang disediakan.




Disini juga merupakan lokasi (port) yang sesuai untuk jumpa kawan-kawan, mesyuarat secara santai atau bersama keluarga. Kerana tempat yang selesa dan mempunyai kemudahan seperti bilik VVIP. Tempat parking juga yang selesa.





Untuk sebarang tempahan / maklumat:

Lokasi: No.2 Lorong Yap Kwan Seng, 
50470 Kuala Lumpur, Malaysia
(waze: Restoran Kari kepala ikan Kampung Pandan)

En. Hamid: 
No Tel: 0321612525

Waktu operasi 24 jam


Instagram: @karikepalaikan_yks
Fb profile: Kari Kepala Ikan Yks
Fb page : Karikepalaikan_YKS





Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: ,