Cabaran7Hari | EFGKBBA : Polis Evo Menjadi Pilihan

Assalammualaikum w.b.t

Cabaran7Hari | EFGKBBA |  Dalam cabaran7hari EFGKBBA untuk hari yang kelima adalah bertajuk ''Drama TV atau Movie Feveret''. Mrsyanie agak susah sedikit nak ada drama TV yang feveret. Mrsyanie suka tengok drama-drama yang ditayangkan di TV tambahan dari adaptasi novel tapi tidak sampai menjadi feveret. Sebab kalu yang drama berepisod tu agak gagal sedikit misi menontonnya. Tak sanggup menunggu episod hihi

sumber gambar: google.com: www.astrogempak.com.my

Cabaran7Hari | EFGKBBA : Drama TV / Movie Feveret

Cabaran7Hari | EFGKBBA : Movie Melayu: Polis Evo Menjadi Pilihan



Buat masa sekarang yang menjadi pilihan Movie Melayu feveret adalah Polis Evo. Antara filem Melayu yang betul-betul menarik minat untuk Mrsyanie tonton di wayang. Mrsyanie kalu tengok wayang (bayar sendiri) agak payah sedikit nak buat pilihan filem Melayu tetapi Polis Evo memang lain dari yang lain.  Tengok review filem yang Mrsyanie dah buat : POLIS EVO.


sumber gambar: google.com

Cabaran7Hari | EFGKBBA : Movie English: Fast & Furious Menjadi Pilihan


Untuk movie English pulak lain tidak adalah Fast & Furious. Tak kisah lah bila ada je movie Fast & Furious keluar di pawagam mesti pergi tonton. Antara movie/filem Fast & Furious yang paling Mrsyanie suka dan sedih adalah Fast & Furious 7. Filem terakhir yang dilakonkan oleh Mendiang Paul untuk filem Fast & Furious 7. Dalam filem ini korang bukan sahaja dapat tengok aksi lumba kereta  yang memang super tapi korang leh tengok kekuatan ikatan kekeuargaan yang diterapkan dalam filem ini. Sedih bila last sekali filem ini..Nangis ceq dalam pagung wayang sob sob. Review: Filem Fast & Furious 7.

Apa-apa pun drama TV Malaysia memang best cuma kekadang jalan cerita sahaja yang hampir sama. Tak kisah lah janji penonton suka ye dak. Mrsyanie suka drama Rindu Awak 200% sebab ada jejaka tampan Zul Ariffin. cewah.. 


Jom sahut cabaran 7 hari InstaBlog EFGKBBA. 

Cabaran Hari 1
Cabaran Hari 2
Cabaran Hari 3
Cabaran Hari 4

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , ,