Claypot Asam Pedas Tanjung Malim

Assalammualaikum w.b.t

Claypot Asam Pedas Tanjung Malim | Tak sangka Tanjung Malim pun ada Asam Pedas yang sedap. Agak menarik jugak Asam Pedas yang dihidangkan dalam claypot. Trademark kedai ni agak unik kerana digantungnya basikal tua sebagai signboard mereka.

 Claypot Asam Pedas Tanjung Malim

Kedai makan Claypot Asam Pedas Tanjung Malim terletak di Taman Wangsa Jaya, Tanjung Malim. Pada mulanya tak tahu pulak ada kedai Asam Pedas di Tanjung Malim, selalu kalau masakan tengahari ada jugak dijual di kedai makan yang lain tetapi yang ini adalah Asam Pedas yang disediakan sekali dengan set nasi. Dan menarik dihidangkan dalam Claypot dan panas-panas. Mengelegak lagi tau dihidangkan.



Claypot Asam Pedas yang dihidangkan juga beserta dengan set nasi, sayur, telur masin dan sambal belacam. Mrsyanie bukanlah pengemar Asam Pedas tetapi yang disini sedap ditekak Mrsyanie tetapi kawan Mrsyanie rasa bukan seperti Asam Pedas Melaka yang asli. Ermm mungkin sebab Mrsyanie pun tak tahu rasa sebenar Asam Pedas yang asli kan, bagi Mrsyanie Asam Pedasnya sedap dan cukup rasa. hihi  Disini juga menyediakan menu lain seperti sajian Asam Pedas, Nasi Lemak, Char Keuy Teow dan makanan ringan yang lain seperti Chicken wings. 

Air layer Teh

Char keuy teow special + telur
  

 Asam Pedas Ketam dan Udang Galah

Layan Claypot Asam Pedas Ikan Pari. Disini korang juga boleh pilih jenis ikan yang korang nak. Antara ikan yang ada Ikan Pari, Ikan Kembong, Ikan Siakap dan paling special adalah Asam Pedas Udang Galah dan Asam Pedas Ketam. Harga agak bersesuaian dengan hidangan yang disajikan.
  



Claypot Asam Pedas Tanjung Malim
No. 25, Jalan Wangsa Jaya, 
Taman Wangsa Jaya, 35900 
Tanjung Malim Perak.

Waktu Operasi: 5 petang - 2 pagi



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , ,