Jom Klik

FEED EFG

Daging Blackpaper Bakar

Assalammualaikum w.b.t


Daging Blackpaper Bakar | Masih banyak lagi tak daging korban yang korang dapat? Buntukan nak buat menu apa lagi dengan daging korban. Kali ni Mrsyanie nak kongikan bersama resepi mudah untuk buat Daging Blackpaper Bakar. 

Daging,  Blackpaper, Bakar,


Daging Blackpaper Bakar


Bahan-bahan :

  • Daging lembu 
  • Sos Lada hitam
  • Serbuk Lada hitam
  • Serbuk Lada putih
  • Italian Herb
  • Sedikit Garam & Gula
  • Planta / mentega

Cara-caranya:

  1. Potong daging lembu mengikut ketebalan yang dikehendaki. Mryanie buat nipis sedikit bagi mudah bakar.
  2. Masukkan daging lembu dan dicampur dengan sos lada hitam, serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan sedikit garam dan gula. Gaul hingga sekata.
  3. Bahan diperap 5 jam atau 1 hari. Mrsyanie perap 1hari bagi lagi sekata.

Cara pembakaran:
  1. Sapukan mentega pada atas dulang pembakar.
  2. Taburkan sedikit italian herb untuk rasa lebih herb.
  3. Untuk membakar suhu 180c selama 10 minit. Jika masih belum masak tambahkan masa pembakaran 5-10 minit mengikut keadaan masak daging.


Selepas masak korang boleh makan ratah sahaja atau boleh makan dengan nasi putih. Nak rasa pedas lagi korang boleh buat sambal kicap untuk cicah. Selamat mencuba.!!


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

1 comment:

  1. Lorr..simple je menu dia..bru tau..nnti nk try la..

    ReplyDelete

FANPAGE

back off