Jom Klik

FEED EFG

Dinner: Restorant Murni Discovery

Assalammualaikum w.b.t

Dinner: Restorant Murni Discovery | Sabtu yang lepas Mrsyanie berkesempatan makan malam bersama keluarga Mrsyanie di Restorant Murni Discovery. Antara lokasi restorant yang digemari oleh adik Mrsyanie dan Mak Mrsyanie. Kiranya dah 2 kali Mrsyanie makan di Restorant Murni Discovery.

Restorant Murni Discovery


Signboard restorant sangat simple tetapi tak sesimple sajian makanannya. Sangat banyak dan puas hati dengan rasa masakannya. Paling menarik disini adalah Mee Raja. Kebanyakkan pengunjung yang hadir mesti order Mee Raja. Tetapi menariknya bukan hanya hidangan Mee Raja semata-mata tetapi dipelbagaikan hidangan berunsurkan Mee Raja. Memang sangat sedap dan banyak kuantitinya. Satu hidangan korang boleh kongsi 2-3 orang jugak. Bergantung pada cara korang makan jugak hihih. 



Mee Raja


Datang Restorant Murni Discovery tak sah kalu tak order Mee Raja. Kalau korang datang beramai mungkin boleh order lain-lain sebab korang boleh tukar-tukar rasa. Memang banyak kuantiti yang disediakan. 

Mee Raja Chicken Chop

Mee Raja yang dimasak pedas

Mee Raja Napolean

Chicken cop Murni
Spaghetti Carbonara
Disini setiap hari penuh dengan pelanggan, kekadang korang kena tunggu tempat duduk. Kami dah siap booking melalui telefon. Mudah dan memang diorang akan simpankan tempat duduk. Sampai dah boleh terus masuk kerana tempat duduk telah disimpan untuk booking. Korang juga boleh booking melalui online di website yang Mrsyanie dah sertakan dibawah. Kami makan dilokasi outlet Kepong. 




Alhamdulillah terima kasih adikku belanja kami. :)


Untuk keterangan lanjut:





Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

6 comments:

  1. laju jerr baca mentang2 nama Restoren MURNI..agak klu murni pergi boleh dapat discaunt x?

    ReplyDelete
  2. MEWAH AND GOJES sgt makanan..sesuai sgt dengan nama Mee Rajaaa ^^
    mee queen tader k?eh!

    ReplyDelete
  3. 1st time dengaq pasal Mee Raja ni..nampak begitu menyelerakan.. yum yum!

    ReplyDelete
  4. banyak2 cawangan elya suka Murni yg kat PJ tu..
    cawangan lain x berapa nak sedap sgt..
    orang kata sama je.
    tapi ntah la..kite rasa x sama pn.hihi

    ReplyDelete
  5. Portion makanan dekat murni discovery ni memang besar kan. Emi kalau ke sana, memang tak pernah habis klu order sepinggan utk diri sendiri. Sebab taknak membazir, so selalukan akan share 1 plate makan 2 orang. Biasalah, emi jenis yang tak makan byk sgt. Kalau org laki agaknya larat la nak habiskan, Perut emi kecik je. Haha. Btw jemput singgah blog :)

    ReplyDelete

FANPAGE

back off