Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Harga Pakej Kanak-Kanak

Assalammualaikum w.b.t

Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Harga Pakej Kanak-Kanak | Atas permintaan rakan-rakan Mrsyanie gagah mencari semula pamphlet pakej-pakej pulau yang ditawarkan di Krabi bagi harga kanak-kanak. Moga ianya dapat membantu planning bajet bagi yang keluarga.

Harga  Kanak-Kanak Bagi Pakej Pulau di Krabi


Harga yang ditetapkan setiap agensi adalah berbeza dan harga yang diletakkan di pamplet dengan yang ditawarkan adalah berbeza. Kalau korang pandai tawar menawar lagi bagus.


Pakej yang Mrsyanie dapat bagi Phi Phi Island BaHT 1000 bagi seorang. Kanak-kanak harga akan murah lagi berbanding dewasa tetapi ianya mengikut setiap agensi tour. Setiap tour akan menawarkan harga yang berbeza dan setiap tahun juga harga akan berbeza


Bagi harga 7 Island Sunset pakej yang diletakkan dalam pamplet adalah Dewasa ( BaHT 1800) dan Kanak-kanak (BaHT 1000). Tetapi pakej yang Mrsyanie dapat adalah BaHT 600 setiap seorang dewasa. Pada mulanya harga yang ditawarkan kepada Mrsyanie adalah BaHT 700 tetapi Mrsyanie tawar-menawar lagi sebab pakej Phi Phi Island Mrsyanie dah ambil dengan tour yang sama. Jadi korang boleh anggarkan harga bagi kanak-kanak. Dan Mrsyanie ingatkan semula ianya bergantung kepada setiap agensi tour dan ia mungkin akan berbeza sedikit bagi setiap tahun. 


Dibawah Mrsyanie sertakan juga pakej-pakej lain tetapi Mrsyanie tak ambil pakej dibawah. Ini adalah pakej yang ditawarkan didalam pamplet.





Semoga ianya dapat membantu planning bajet korang yang ingin bercuti di Krabi. Jom terjah entry-entry sepanjang percutian Mrsyanie di Krabi :)



Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 10
Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 9
Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 8
Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 7
Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 6

Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 5
Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 4

Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 3 
Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 2 
Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 1



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , ,