Jom Klik

FEED EFG

Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 9

Assalammualaikum w.b.t

Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 9  | Ehh belum habis lagi Mrsyanie nak up entry tentang percutian kami di Krabi. Dalam entry kali ini Mrsyanie nak kongsikan trip kedua Mrsyanie iaitu suasana matahari terbenam di Krabi, Thailand.

7 Island Sunset

Hari yang ke 3 di Krabi, kami pada mula nak ke kolam Emerald yang sangat femes di Krabi atau lebih dikenali sebagai kolam hijau. Tapi bila kami tengok pakej yang disediakan sehari di darat antaranya kolam Emerald, naik gajah, kolam air panas dan sebagainya. Dah nama pun Krabi antara pulau yang tercantik, maka ambil keputusan untuk buat trip fokus ke pulau sahaja.

Pakej kami ambil dengan ME MEE Place & Tour jugak kerana pakej yang diberikan agak murah berbanding dengan yang lain. Lagipun dah rasa selesa dengan perkhidmatan yang disediakan oleh ME MEE Place & Tour. Pakej yang kami ambil adalah 7 Island Sunset. Pihak tour datang jam 1230 pm (waktu tempatan) seperti yang dijanjikan. Kali ini jeti yang kami nak pergi agak jauh dari Aonang dan akhirnya kami jumpa jugak member sekapal kami. Alah yang Mrsyanie cerita dalam entry SINI.



Untuk pakej 7 Island Sunset ini, akan dibawa melawat 7 pulau dan bukan semua boleh turun hanya3 pulau sahaja boleh turun ke darat. Boat yang kami naik berbeza dengan bot sewaktu di Phi Phi Island, kali ini kami disediakan dengan bot panjang. Dalam pakej ini juga disediakan BBQ tetapi serius cakap tak lah rasa BBQ pun, diorang dah siap bakar dan hanya boleh ambil seorang satu stick BBQ sahaja. Ada juga disediakan nasi putih dan lauk.

Pulau Railay

Pulau Railay ini agak lucah kerana simbolik bagi pulau ini adalah kemaluan lelaki. Ingat ini bukan entry lucah ok!! Amaran keras ni. Ini hanya untuk kongsikan bersama tentang pulau-pulau yang Mrsyanie lawati di Krabi.


Inilah simbolik bagi Pulau Railay 

Tup Island


PulauTub ini sangat unik dengan struktur pantai yang dibelah dua. Terdapat jalan berpasir di tengah-tengah untuk melintasi pulau.


Chicken Island, Si Island, Tang Ming Island

Chicken Island, Si Island, dan Tang Ming Island hanya boleh dilihat diatas boat sahaja. Gambar dibawah adalah Pulau Chicken, nampak seperti ayam belanda kan.


Poda Island


Disini adalah lokasi kami untuk BBQ dan melihat sunset. Sementara tunggu sunset layan bergambar sekitar pantai Poda. Cantik sangat ciptaan Allah SWT sewaktu matahari terbenam. Syukur!





Mesti ada yang tertanyakan tak ada snorkeling ke? Ada disediakan untuk snorkeling. Terdapat 2 snorkeling disediakan, iaitu sewaktu siang dan malam. Siang dibawa snorkeling di Deep Water Solo dan malam pula adalah snorkeling untuk melihat sendiri air yang bercahaya. Iainya dipanggil Phytoplankton. Apabila air dikocak akan mengeluarkan cahaya seperti kunang kunang. Tetapi tak ramai pun turun untuk swimming di waktu malam, kami hanya melihat di atas boat sahaja. Akhir sekali adalah pertunjukkan api tetapi bukan di pulau. Persembahan dibuat di jeti sewaktu balik. 


Persemabahn api tu tak adalah menarik mana pun hanya diorg sembur api dan main pusing-pusing hihi.. Habis persembahan kami dihantar pulang ke resort atau hotel masing-masing. Mrsyanie dah sampai kawasan resort tak terus balik ke bilik. Kami singgah dahulu beli cenderahati untuk keluarga dan rakan. Korang jangan beli dikedai kerana mahal, nak murah korang cuba server di tepi jalan. Ada peniaga jalanan yang jual. Kami malam tu kena beli jugak sebab keesokkan hari (awal pagi) perlu ke lapangan terbang. Jenuh flight awal pagi, ermm  rugi tapi itu je yang murah hihi.



Ringkasan:

Pakej 7 Island Sunset: BaHT 1200 / 2 orang
Cenderahati: BaHT 440



**sambung part : Part 10 - Last Day

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

4 comments:

  1. Banyak betul pulau sekitar Krabi ye, baru tau ni, alahaiii cantiknya gambar ni semua, teringin ke krabi...dah part 9 dah haaa terbaiklah.

    ReplyDelete
  2. simbolik bagi Pulau Railay tu apa sebenarnya?

    ReplyDelete
  3. rindu nak pergi Krabi lagi. Lain kali kalau Yani and husband and another kawan yang kite jumpe kat krabi hari tu nak jalan jalan lagi kite plan together ok? terubat rindu nampak gambar bersama!

    - Aisya (yang sama sama geng dekat Krabi)

    ReplyDelete

FANPAGE

back off