Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 8

Assalammualaikum w.b.t

Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 8 | Hari yang ketiga kami plan untuk ke pulau lagi tetapi dengan suasana yang berbeza. Kami ambil pakej sunset pula. Tapi sebelum itu Jom kita ronda-ronda di Aonang Beach di siang hari.

Aonang Beach, Krabi Thailand

Dah kami ronda awal pagi, tak banyak kedai yang buka. Sebelum itu nak bagitahu pakej pulau yang kami ambil dijalankan disebelah petang yelah untuk tengok sunsetkan. Jadinya sebelah pagi kami pusing-pusing dulu naik motor yang disewa. Harga sewa motor brape? tengok entry INI. Comelkan helmet yang diberikan.hihi Sarapan pagi kali ini kami ambil yang berat sedikit sebab nak cover untuk tengaharai, kerana tour kami akan ambil di lobi resort jam 1230 pm (waktu tempatan).





Sarapan kami pagi hari ke 3 agak berat juga. Kami ambil makan nasi goreng dan paling best teh tariknya sangat sedap. Kali ni kami pergi ke kedai makan tak sampai lagi dengan masjid. Tukar kedai pula untuk merasa perbezaan rasa. Harga sama murah.


Dah kenyang perut jom kita ronda sekitar Aonang Beach. Keluasan Aonang tidak lah besar sangat, lebih besar Pantai Chenang Langkawi. Paling menarik disini adalah makanan lautnya sangat mewah. Nasib baik ada jugak kedai menjual makanan laut goreng dah buka. Kami plan beli dan makan menhadap pantai. 






Untuk kuih ini kami beli sewaktu sarapan. Sedap tau kuih ni, lupa pulak tanya nama kuih ni. Manis dan agak liat sedikit. Harga makanan di Thailand ada yang murah dan ada yang mahal bergantung kepada penjual dan lokasi. Tapi kalau korang nak harga yang murah di Aonang Krabi korang boleh cari disekitar Masjid Aonang. Kebanyakkannya halal dan murah.





Sebelum balik ke resort kami singgah dulu Tesco Thailand. Rupanya plug di Thailand berbeza tau tapi kalu Hotel Tune di Hatyai tiada beza dengan Malaysia. Bateri pun nak habis kena jugak kami beli adapter.




Ringkasan:

Sarapan pagi:  BaHT 300
(Menu: Nasi lemak, Nasi goreng, ayam goreng 2 ketul dan teh tarik 2)
Kuih muih: BaHT 30
Seafood goreng: BaHT 80
Teh ais: BaHT 25


 **sambung part : Part 9 - Day 3 


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , ,