Perbezaan Vape dengan Rokok

Assalammualaikum w.b.t


Perbezaan Vape dengan Rokok | Tahukah korang perbezaan Vape dan Rokok? Apa itu Vape? Mrsyanie pun sebenarnya tak paham apa itu Vape dan bagi Mrsyanie rasanya ianya sama seperti rokok. Tetapi rupanya Vape dan Rokok adalah berbeza walaupun ianya mempunyai fungsi yang sama.
sumber gambar: google.com

Perbezaan Vape dengan Rokok


Rokok elektronik juga dikenali sebagai Vape atau Vapping. Ianya dihasilkan melalui proses pemanasan bagi meghasilkan wap air. Kandungan dalam Vape atau Vapping ni adalah nikotin dan bahan kandungan lain seperti Formaldehid, Glikol dan perisa. 

Beza ketara antara rokok dan vape ini adalah kandungannya, rokok mempunyai lebih 4000 kandungan bahan kimia, nikotin dan tar. Yang menyebabkan rokok lebih berbahaya kerana kandungan tar nya, boleh menjadikan kanser paru-paru, kanser buah pinggang, sakit jantung dan sebagainya.

Bukan kata vapping ini tidak mendatangkan penyakit seperti kanser tetapi masih boleh diberi pengawalan. Hasil kajian yang diterbitkan didalam jurnal bertajuk ''Addiction'' dari Dr Konstantinos Farsalinos mendapati e-rokok generai ketiga (peranti dengan penggunaan kuasa bateri yang boleh dilaras) mampu menghasilkan formaldehid yang boleh menyebabkan kanser, namun ia hanya berlaku dalam keadaan ''ekstrem''.

sumber gambar: google.com
Vape atau Vapping ini merupakan satu kaedah untuk para perokok yang tegar untuk memberhentikan merokok dengan menggunakan tembakau dan tar. Satu lagi untuk orang sekeliling tidak perlu menjadi ''secondhand smoke'' kerana vape hanya mengeluarkan wap air berbanding dengan rokok tembakau mengeluarkan asap yang boleh merbahayakan kepada orang sekeliling yang menghidu asap rokok.

"Vapers tidak terdedah kepada tahap formaldehid yang membahayakan. Berdasarkan bukti-bukti didedahkan, saya mendapati e-rokok sekurang-kurangnya 95% lebih selamat daripada merokok. Perokok perlu digalakkan untuk beralih kepada vaping," - Pengarah Unit Kajian Kebergantungan Tembakau, Barts And The London School Of Medicine And Dentistry, Prof Peter Hajek .''
sumber dari: https://www.facebook.com/ohmedianetwork/videos/10154318956854572/

Mrsyanie bukan penyokong rokok mahupun vape/vapping tetapi ianya satu perkara yang perlu Mrsyanie ambil tahu. Mrlaling juga merokok jadi Mrsyanie kena ambil tahu apa itu vape dan beza vape dengan rokok. Mungkin ini satu kaedah yang boleh mengurangkan pengambilan rokok tembakau.

Walaupun Vape atau Vapping ini tidak merbahaya orang sekeliling, ianya juga perlu dipantau oleh pihak yang berkuasa. Kerana ianya sekarang menjadi meluas di kalangan golongan pelajar sekolah (bawah 18 tahun) yang sepatutnya tidak dibenarkan merokok mahupun vape.


Sumber maklumat: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kajian-vaping-95-peratus-lebih-selamat-berbanding-rokok-pakar-68756


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: