Sinopsis Telefilem Travelling Beruang

Assalammualaikum w.b.t

Sinopsis Telefilem Travelling Beruang | Korang masih ingat tak entry Mrsyanie mengenai Tayangan Amal Telefilem Travelling Beruang yang lepas. Tayangan amal yang dijalankan di GSC Tropicana City Mall yang turut serta pelakon utama nya iaitu Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Yana Samsudin, dan 2 orang pelakon cilik yang sangat berbakat iaitu Adik Baby Sofea dan Adik Yuyun Yuzlin. 


Sinopsis Telefilem Travelling Beruang


Telefilem Travelling Beruang merupakan sebuah telefilem kekeluargaan, ianya mengisahkan Adit (Ungku Ismail) seorang novelis yang hilang arah selepas kematian anak perempuannya disebabkan penyakit kanser. Kehidupan Adit berubah dengan hanya mementingkan kerjaya dari memberi sokongan kepada isterinya, Lisa (Zara Zya). Ini kerana Adit tidak dapat menerima pemergian anak perempuannya.



Sehingga Adit berjumpa dengan rakan baiknya Zamani (Zul Huzaimy) yang berkongsi kesedihan dan kebimbangan tentang kesihatan anaknya Aishah (Yuyun Yuzlin) juga merupakan pesakit kanser. Aishah yang semakin kritikal dengan penyakitnya mempunyai satu impian yang dibina bersama arwah anak Adit, iaitu mengembara ke serata dunia. Namun disebabkan masalah kesihatan Aishah tidak mengizinkan, membuatkan Adit bersemangat semula untuk menunaikan impian mereka.

Dengan ditemani Mr.Bear iaitu patung beruang kesayangan Aishah sebagai pengganti diri Aishah untuk mengembara diseluruh dunia. Disitu bermula pengembaraan Adit bersama Mr.bear dalam menunaikan impian anak kecil mereka.


 telefilem travelling beruang

Saksikan Telefilem Travelling Beruang di TV3 jam 9.00 malam pada:




Lebih lanjut tentang Travelling Beruang:



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: ,