Tayangan Amal: Telefilem Travelling Beruang

Assalammualaikum w.b.t

Tayangan Amal: Telefilem Travelling Beruang | Diterajui oleh pelakon hero dalam slot Akasia iaitu teman lelaki upahan, Ungku Ismail Aziz dan pelakon hebat antaranya Siti Elizad, Yana samsudin. Travelling beruang merupakan satu kempen dalam memberi sokongan dan memberi kesedaran dalam membantu pesakit kanser kanak-kanak. Kempen ini disokong penuh oleh penaja utama iaitu AirAsia, dan penaja bersama TV3 Malaysia dan Altel.



Travelling Beruang


Kempen Travelling Beruang telah dilancarkan bagi membantu mengumpul dana bagi kanak-kanak yang mengidap penyakit kanser di Malaysia dan menyokong pesakit kanser. Dengan kerjasama MAKNA dan penaja utama iaitu AirAsia serta beberapa penaja bersama. Kempen Travelling Beruang diilhamkan dari impian seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser yang mempunyai impian untuk melihat dunia iaitu Adik Mimie. Oleh itu, kempen ini dilaksanakan bagi menunaikan impian semua kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser untuk melihat dunia.

 telefilem travelling beruang,   travelling beruang, airasia

Tayangan amal ini ditayangkan selama 2 hari iaitu 24 Oktober 2015 di GSC Tropicana City Mall dan 25 Oktober 2015 di TGV The Mines. Dana yang diterima dari tayangan amal ini disumbangkan terus ke Tabung Travelling Beruang MAKNA. Tak sabar untuk menonton Telefilem Travelling Beruang di TV3 jam 9 malam pada 31 Oktober (part 1) dan 1 November 2015 (part 2) .


Antara artis yang hadir bagi menyokong tayangan amal Telefilem Travelling Beruang ialah Farah Fauzana, dan barisan pelakon Telefilem Travelling Beruang.




Kempen ini telah disimbolikan dengan membawa patung Travelling Beruang bagi menjadi pengganti mata-mata  adik yang menghidap penyakit kanser dalam mencapai impian untuk melihat dunia. Patung Travelling Beruang itu dibawa ketujuh destinasi seperti Perth (Australia), Lombok (Indonesia), Siam Reap (Kemboja), Chongqing (China), Ho Chi Minh (Vietnam). Kesemua destinasi ini merupakan rangkaian dibawah AirAsia penerbangan.




Tidak ketinggalan juga kepada blogger yang hadir. Terima kasih AirAsia telah memberi tiket tayangan amal Telefilem Travelling Beruang! dan Terima kasih kepada blogger Iena dan Bella kongsikan bersama Mrsyanie. 




Kami adalah penyokong kempen ‪#‎travellingberuang‬ dan ‪#‎MAKNA‬ khas buat Abah sayang. Sentiasa mendoakan moga Abah cepat sembuh dari cancer dan diberi kekuatan & perlindungan oleh Allah SWT. aamin Sayang Abah!


Bagi semua yang menyokong kempen ini boleh muat naikkan gambar korang bersama travelling beruang atau mana-mana teddy bear bagi tanda sokongan korang keatas kempen ini dengan hastag #TravellingBeruang di instagram mahupun facebook.


Untuk pembelian Travelling Beruang, boleh didapati di:
Anda boleh membuat sumbangan terus ke tabung seperti di bawah :

Name : Tabung Travelling Beruang MAKNA
Account number : 514075616705
Bank : MAYBANK


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , ,